Tag: AMOLED

  • Apakah itu LCD, OLED dan AMOLED?

    Apakah itu LCD, OLED dan AMOLED?

    Evolusi paparan skrin dari semasa ke semasa

    Untuk pengetahuan anda, penggunaan paparan bagi sesebuah skrin itu berubah dari semasa ke semasa. Ini kerana kita mengalami evolusi dan inovasi untuk menghasilkan paparan yang lebih memuaskan dan berkualiti tinggi. Sebelum adanya “Liquid Crystal Display” atau LCD, kita menggunakan paparan “Cathode Ray Tube”, CRT, ianya mempunyai saiz yang besar dan tidak mempunyai spesifikasi dan kualiti yang unggul jika dibandingkan dengan paparan yang terdapat pada masa sekarang. Oleh sebab itu, pihak pengeluar memperkenalkan paparan yang jauh lebih baik daripada CRT ini, iaitu LCD. LCD mempunyai ketebalan skrin yang lebih nipis, secara tidak langsung mendapat sambutan yang hangat oleh pengguna PC. Hal ini membuatkan syarikat-syarikat pengeluaran telefon pintar memerlukan paparan skrin yang sesuai dimana ianya boleh dipasangkan pada kepelbagaian model-model telefon mereka. Antara aspek yang dititikberatkan oleh pengeluar telefon pintar adalah daya ketahanan skrin terhadap penggunaan semasa berada di luar, seperti keupayaan skrin untuk dilihat oleh pengguna dibawah sinaran matahari, dan juga keupayaan untuk melihat paparan skrin dari pelbagai sudut.

    iPhone X LCD Screen Repair In KL

    Liquid Crystal Display (LCD)

    Terdapat dua teknologi yang digunakan pada LCD dan salah satunya adalah dimana ianya menggunakan teknologi “Thin Film Transistor” atau TFT, iaitu sebuah teknologi yang digunakan untuk skrin LCD. Teknologi ini menggunakan backlight, yang memberi pencahayaan untuk menembusi LCD atau TFT untuk menghasilkan warna. Titik-titik atau lebih dikenali sebagai pixel ini lah yang membentuk sesebuah gambar itu. Untuk mengeluarkan sesebuah paparan bagi LCD, backlight memainkan peranan untuk memberi pencahayaan kepada pixel-pixel untuk menghasilkan sebuah imej itu. Teknologi ini juga dikenali sebagai LED, kerana backlight menggunakan LED untuk mengeluarkan cahaya. Sedikit penerangan bagi LCD untuk menghasilkan gambar yang berwarna hitam, pixel hitam menerima cahaya daripada backlight untuk menghasilkan warna hitam itu, manakala bagi OLED atau AMOLED, pixel hitam itu tidak menyala dan ini membuatkan warna hitam itu seakan-akan tiada, dan menyebabkan warna hitam itu menjadi lebih gelap berbanding LCD.

     

     

    Selain daripada TFT, terdapat juga LCD yang menggunakan teknologi “In-Plane Switching”, IPS. IPS ini merupakan satu pembaharuan kepada TFT kerana TFT berhadapan dengan situasi dimana paparan skrin itu mempunyai tindakbalas yang agak lambat. Bagi penggemar permainan video, situasi ini mengakibatkan respons yang lambat terhadap sesuatu  Selain daripada itu, TFT juga terhad dari segi sudut pandangannya. Oleh itu, teknologi IPS membantu untuk memperolehi kualiti gambar yang lebih tajam berbanding TFT. Walaubagaimana pun, IPS LCD memerlukan tenaga yang banyak dan menggunakan kuasa yang tinggi berbanding TFT. Tambahan pula, IPS memerlukan pencahayaan yang lebih tinggi daripada IPS dan ini akan menambah ketebalan LCD tersebut.

     

     

    Organic Light-Emitting Diode (OLED) & Active-Matrix Organic Light-Emitting Diode (AMOLED)

    Bagi LCD yang menggunakan teknologi OLED dan AMOLED pula, ianya berbeza daripada LCD kerana mereka tidak memerlukan backlight untuk memancarkan cahaya. Ini kerana setiap pixel mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan cahaya yang tersendiri. Ini dapat menghasilkan ton warna di sesebuah gambar itu menjadi lebih jelas dan terang. Terdapat beberapa ciri sahaja yang membezakan OLED dan AMOLED. Untuk pengeahuan anda, AMOLED merupakan teknologi yang telah dibuat penambahbaikan daripada OLED. Seperti yang diterangkan pada perenggan kedua baris yang keempat, AMOLED dapat menghasilkan warna hitam yang lebih gelap kerana tidak ada sebarang pencahayaan untuk menghasilkan warna hitam itu. Dengan ini dapat menjimatkan penggunaan kuasa dan memberikan efisiensi kuasa yang baik manakala jika paparan menunjukkan warna putih, AMOLED mengaktifkan pixel secara keseluruhan dan ini akan menggunakan kuasa yang banyak.

    .

     

    Salah satu masalah yang kebiasaanya berlaku kepada pengguna AMOLED adalah ianya akan mengalami degradasi warna, dalam bahasa mudahnya, warna yang akan kelihatan luntur. Gambar dibawah menunjukkan contoh degradasi warna pada iPhone X, yang menggunakan OLED. Namun begitu, terdapat beberapa pembaharuan teknologi yang dapat menyelesaikan isu degradasi warna ini seperti Super AMOLED yang terdapat pada Samsung Galaxy S3, HD Super AMOLED pada Samsung Galaxy Note, Full HD Super AMOLED pada Samsung Galaxy S4 dan Samsung Galaxy Note 3.

     

     

    Untuk merumuskan artikel saya pada hari ini, AMOLED mempunyai sudut pandangan yang lebih baik daripada LCD IPS. Warna putih yang dipapar pada LCD IPS akan mempunyai warna putih yang lebih baik berbanding pada AMOLED, dan warna hitam yang dipapar pada AMOLED akan mempunyai warna hitam yang lebih baik berbanding pada LCD IPS. Pengeluar LCD akan terus memperbaiki dan memantapkan lagi teknologi LCD dari semasa ke semasa di generasi moden dan berpesat kembang ini. Saya ingin memaklumkan bahawa tidak ada sebarang kata putus untuk membuktikan teknologi LCD yang mana lebih baik kerana keputusannya terjatuh pada pengguna LCD itu sendiri. Sekian, terima kasih.

  • Perbezaan Kepelbagaian Jenis LCD

    Perbezaan Kepelbagaian Jenis LCD

    Mengapakah harga sesebuah telefon yang dijana oleh paparan LCD (Liquid Crystal Display) berbeza dengan telefon yang dijana oleh paparan LED ( Light Emitting Diode) ? Apakah perbezaan bagi paparan LCD dan paparan LED serta kelebihan menggunakan paparan-paparan tersebut dan kekurangan yang terdapat pada LCD dan LED?

    Terdapat 3 jenis paparan yang selalunya menjadi pilihan pengeluar telefon pintar untuk dipasangkan pada telefon keluaran syarikat-syarikat mereka. Antaranya ialah LCD, OLED dan AMOLED. Di sini saya ingin menerangkan beberapa kelebihan dan kekurangan pada paparan tersebut.

    LCD (Liquid Crystal Display)

    Kelebihan paparan LCD:

    1. Kos yang lebih rendah.
    2. Teknologi LCD dijana oleh TFT dan IPS.

    Kekurangan paparan LCD:

    1. Penggunaan kuasa yang lebih tinggi.
    2. Pengalaman paparan tidak semaksimum yang dijana oleh LED.
    3. Mempunyai ketebelan yang agak tebal.

     

    OLED (Organic Light Emitting Diode)

    Kelebihan paparan OLED:

    1. Penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding LCD.
    2. Penghasilan warna yang lebih jelas.
    3. Tindakbalas terhadap sentuhan yang lebih pantas.
    4. Sudut pandang yang lebih luas berbanding LCD.
    5. Kos yang lebih rendah berbanding AMOLED.

    Kekurangan paparan OLED:

    1. Kos yang lebih tinggi berbanding LCD.
    2. Penggunaan kuasa yang tinggi berbanding AMOLED.
    3. Jangka hayat yang lebih singkat berbanding LCD.
    4. Tidak kalis air berbanding LCD.

     

    AMOLED (Active Matrix Organic Light Emitting Diode)

    Kelebihan paparan AMOLED:

    1. Paparan imej yang lebih tajam.
    2. Penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding OLED.
    3. Tindakbalas terhadap sentuhan yang sangat pantas

    Kekurangan paparan AMOLED:

    1. Kos yang lebih tinggi berbanding OLED.
    2. Tidak mempunyai sifat kalis air
    3. Mempunyai jangka hayat yang singkat berbanding LCD