MAKSUD LCD

Selamat petang saya ucapkan kepada semua pembaca. Hari ini saya ingin membentangkan tentang topik perbezaan LCD yang pelbagai ini. Untuk memulakan perbincangan saya pada hari ini, saya ingin menjelaskan tentang perkataan LCD ini terlebih dahulu. LCD merupakan kata singkatan bagi “Liquid Crystal Display”, yang berfungsi untuk mengeluarkan paparan seperti gambar, video dan sebagainya. Sepertimana yang kita semua tahu, sekiranya kita membuat penukaran LCD di mana-mana kedai pembaikan telefon, kebiasaanya anda akan ada beberapa pilihan LCD iaitu OEM, AA atau Original.

 

JENIS-JENIS LCD

Terdapat berbeza pandangan tentang konsep kepelbagaian jenis LCD di setiap negara. Sebelum itu, OEM adalah kata singkatan bagi “Original Equipment Manufacturer” manakala AA pula adalah gred yang diberi untuk LCD itu berdasarkan komponen yang menjadikan sesebuah LCD itu. Saya ingin berkongsikan sedikit tentang beberapa lapisan yang menjadikan sesebuah LCD itu. LCD ini terdiri daripada gelas, digitizer dan flex cables. Gelas ini terdapat di permukaan paling atas LCD, digitizer pula merupakan bahagian yang mengawal fungsi “touch” telefon anda, dan flex cables adalah untuk menyambungkan LCD dan motherboard.

 

Untuk pengetahuan anda, LG dan Sharp merupakan pengeluaran LCD bagi iPhone dan mereka membuat pengeluaran secara berkala, sekiranya iPhone mengeluarkan produknya yang baharu. Sepertimana yang kita dimaklumkan,Apple tidak mengedar alat ganti iPhone kepada mana-mana individu atau syarikat lain. Jadi, produk Original bermaksud keluaran daripada kilang yang sama.Mengikut kefahaman saya, LCD Original ini bermaksud LCD yang dipasangkan pada iPhone asal, dimana apabila anda membuat pembelian iPhone di kedai Apple. OEM pula bermaksud LCD yang Original, yang telah digunakan dan mempunyai sebarang kerosakan, LCD tersebut akan dihantar semla ke kilang untuk proses pembaikan dan diedarkan semula ke pihak ketiga atau lebih dikenali sebagai LCD “refurbished”.

 

PERBANDINGAN ANTARA LCD ORIGINAL & TIRUAN

Untuk kefahaman semua, kita boleh membahagikan LCD kepada dua bahagian iaitu Original dan tiruan. Ini akan lebih memudahkan kefahaman kita sekiranya kita mahu membuat penukaran LCD. Terdapat beberapa faktor yang dapat kita lihat dengan membandingkan kedua-dua LCD ini. Salah satunyaadalah ketebalan LCD itu. Berdasarkan dariapada penyelidikan saya, saya mendapati bahawa ketebalan untuk LCD Original adalah 2.14mm manakala bagi bukan Original berukuran 2.32mm. Ini kerana untuk membuat LCD mengikut spesifikasi dan ukuran Original, ianya akan menanggung kos yang lebih tinggi. Selain itu, pemasangan lapisan bagi LCD Original berbeza dengan pemasangan lapisan bagi yang bukan Original. LCD Original mempunyai digitizer yang dicantumkan dengan LCD, manakala bagi LCD yang bukan Original, digitizer itu dicantumkan dengan gelas. Jadi sebab itu lah anda hanya boleh membuat penukaran gelas jika anda mempunyai LCD Original tetapi tidak bagi bukan Original.

 

 

Dari segi kualitinya pula, LCD Original mempunyai resolusi gambar yang tinggi berbanding dengan yang bukan Original. LCD Original mempamerkan gambar yang lebih cantik dan jelas berbanding dengan LCD yang bukan Original.

Pin It on Pinterest