TEKNOLOGI YANG MENGHASILKAN VIBRASI PADA IPHONE

 

Pada hari ini saya ingin berkongsikan tentang vibrasi yang anda akan alami pada setiap model iPhone. Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga penggunaan komponen pada iPhone untuk menghasilkan getaran. Yang pertama dikenali sebagai “Linear Resonance Actuator (LRA)”, yang kedua adalah Haptic Touch dan yang ketiga adalah Taptic Touch. Saya ingin memulakan dengan menerangkan sedikit sebanyak tentang Haptic Touch ini. Terdapat beberapa persamaan dan juga perbezaan dari segi ciri bagi sesebuah Haptic Touch berbanding Taptic Touch.

 

 

CIRI TAPTIC TOUCH & HAPTIC TOUCH & LRA

 

Sepertimana yang anda tahu, Taptic Touch mempunyai ciri 3D Touch dimana anda boleh menekan skrin anda untuk membuat sesuatu perkara. Taptic Touch membolehkan anda mengakses dan memilih untuk membuat sesuatu operasi itu dengan lebih mudah dan pantas dengan hanya menyentuh skrin dengan hanya menyentuh skrin dengan memberi sedikit tekanan. Sebagai contoh, dengan menekan ikon kamera, anda mempunyai pilihan untuk mengambil “selfie” atau “portrait” (jika anda menggunakan model iPhone yang mempunyai ciri portrait), mengambil video dan mengimbas QR Code.

 

 

 

Dengan menekan ikon Settings pula anda akan mempunyai pilihan untuk menyemak bateri, mengubah tetapan untuk Mobile Data, WIFI atau Bluetooth. Untuk Taptic Touch, anda boleh menyunting teks yang anda tulis dengan menyentuh kuat bahagian papan kekunci anda dan mengubah posisi cursor dengan lebih mudah. Ini juga boleh dibuat oleh iPhone yang menggunakan haptic touch, dengan menekan kunci “space” untuk beberapa saat sebelum anda boleh menyunting teks anda, setelah iOS membuat penambahbaikan ke iOS 12.1.1.

 

 

Dengan menggunakan Taptic Touch, sekiranya anda melayari internet  menggunakan Safari, anda boleh mengimbas sesuatu pautan itu terlebih dahulu sebelum anda klik untuk ke laman sesawang tersebut. Keluaran Apple, iaitu iPhone XR menggunakan Haptic Touch dan tidak mempunyai 3D Touch. Ini kerana model itu menggunakan paparan yang lebih canggih iaitu Liquid Retina LCD. Untuk menerangkan lagi tentang keunggulan Taptic Touch ini, ianya memberi getaran seakan-akan ia selaras dengan operasi yang anda sedang lakukan. Sebagai contoh, jika anda ingin menukar penggera jam di iPhone anda, ianya akan bergetar setiap kali anda mengubah tetapan masa itu.

 

PENGGUNAAN VIBRATE YANG BERBEZA PADA MODEL-MODEL IPHONE

 

Bagi model-model iPhone yang lama iaitu iPhone 4, 4S, 5, 5S dan S, komponen yang digunakan untuk menghasilkan getaran adalah LRA, seperti yang saya maklum sebentar tadi). Haptic Touch pula diperkenalkan pada model iPhone 6 dan 6 Plus manakala Taptic Touch pula digunakan pada iPhone 6S dan model-model seterusnya (kecuali XR yang menggunakan Haptic Touch). LRA memerlukan 4-10 ayunan untuk mendapatkan kuasa yang penuh dan masa yang sama untuk menghentikannya dan menghasilkan satu getaran. Taptic Touch pula memerlukan 1 ayunan sahaja untuk mendapatkan kuasa yang maksimum dan untuk memberhentikannya. Kelajuan untuk menghasilkan satu ayunan inilah yang menghasilkan getaran yang lebih semulajadi.

Pin It on Pinterest