Berikut merupakan salah seorang lagi pelanggan kami yang bertukar ke bateri Yoobao yang berupaya membekalkan kuasa yang lebih banyak berbanding bateri Original. Kapasiti yang ditambah untuk penggunaan telefon yang lebih lama merupakan sebab utama mengapa mereka membuat keputusan untuk bertukar menggunakan bateri Yoobao ini.

Get RM20 Discount!

Get DISCOUNT by
SCREENSHOT THIS and SHOW IT TO US!

Get the discount Now! Will be close anytime from now.

 

KELEBIHAN-KELEBIHAN BATERI YOOBAO

 

Bateri Yoobao iPhone 6S Plus yang telah ditambah kapasiti daripada 2750 mAh ke 3300 mAh.

 

Antara ciri yang menarik lagi tentang bateri ini adalah ianya anti-kembung, melindungi bateri anda daripada pengecasan yang berlebihan dan mempunyai daya tahan yang kuat pada peningkatan suhu bateri yang terhasil daripada pengecasan. Selain itu, bateri Yoobao juga diberi jaminan selama 9-18 bulan di IPRO Ampang. Jaminan ini termasuklah sekiranya bateri kapasiti menurun secara mendadak dalam jangka masa yang pendek ataupun bateri kehabisan dengan begitu pantas.

 

PELANGGAN KAMI, ENCIK FARIS NAJMI

 

Encik Faris berminat tentang penambahan kapasiti dan keupayaan bateri Yoobao untuk memanjangkan tempoh penggunaan daripada bateri biasa.

 

Pelanggan kami yang bernama Muhd Faris Najmi membuat penukaran bateri Yoobao di IPRO Ampang yang mengambil masa 15 minit sahaja. Masalah yang dihadapi telefon iPhone 6S Plus beliau adalah kehabisan bateri dengan begitu cepat. Encik Faris Najmi berurusan dengan salah seorang juruteknik IPRO Ampang yang bernama Arif. Arif kemudian bertanya kepada Encik Faris untuk memastikan bateri telefon itu pernah ditukar ataupun tidak.

 

Setelah menidakkan kepada soalan yang ditujukan kepadanya, Arif menerangkan kepada beliau tentang bagaimana prestasi bateri telefon yang akan menurun dari semasa ke semasa. Selepas Arif menerangkan tentang pilihan bateri Original dan Yoobao kepada Encik Faris, beliau berminat tentang keupayaan bateri Yoobao untuk memanjangkan tempoh penggunaan daripada bateri biasa. Ini kerana beliau sering menggunakan telefon sepenuh masa untuk bermain permainan video, menonton filem, melayari internet atau meluangkan masa di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

 

SERVIS PENUKARAN BATERI DI IPRO AMPANG

 

Perkara yang dilakukan oleh Arif sebelum penukaran bateri dilakukan adalah menyemak bacaan arus yang masuk pada telefon tersebut serta status bateri yang lama itu. Arif mendapati bahawa status bateri kapasiti Encik Faris berada pada tahap 73%, dimana penukaran bateri sangatlah disyorkan. Selepas pemasangan bateri Yoobao dilakukan, Arif menyemak dan menunjukkan status bateri Yoobao yang mempunyai kapasiti yang ditambah daripada 2750 mAh kepada 3300 mAh.

 

Arif juga menjelaskan kepada Encik Faris beberapa tips penjagaan bateri seperti tidak membuat pengecasan yang berlebihan dan sebaiknya menggunakan aksesori yang Original seperti adapter dan kabel daripada produk Apple. Encik Faris juga membuat penukaran tempered glass 5D dimana ia melindungi skrin dengan menyeluruh. Setelah selesai penukaran bateri dan tempered glass, Encik Faris membuat pembayaran di kaunter bayaran sebelum beliau beredar pulang\

 

Terima kasih Encik Faris Najmi kerana memilih IPRO Ampang sebagai pusat pembaikan telefon anda!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (014-5000085) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

 

Loading...
Facebook Messenger for Wordpress

Pin It on Pinterest