BUTANG-BUTANG YANG TERDAPAT PADA SESEBUAH iPHONE

 

Pada hari ini, saya ingin membincangkan tentang butang-butang yang ada pada iPhone anda. Sepertimana yang mungkin anda sudah tahu, bagi model iPhone 4 hinggalah model iPhone 8 Plus, terdapat lima butang yang direka khas untuk iPhone dan mempunyai fungsi yang berbeza. Butang-butang yang dimaksudkan adalah butang Home, butang Power, butang Volume dan butang Mute. Bagi model iPhone X pula, butang Home telah pun dibuang kerana terdapat perubahan yang ketara dari segi reka bentuknya serta penambahan ciri baru yang diperkenalkan pada model tersebut.

 

 

BUTANG POWER DAN BUTANG VOLUME/MUTE

 

Butang-butang yang saya ingin memfokuskan pada artikel hari ini adalah butang Power dan Volume/Mute. Untuk pengetahuan anda, butang Power dan Volume/Mute disatukan pada riben yang sama bagi kebanyakan model iPhone. Apa yang dimaksudkan dengan riben iniadalah penyambungan komponen-komponen ini dalam satu riben untuk fungsi butang-butang ini dapat digunakan. Apa yang ditukar sebenarnya adalah riben yang mengawal fungsi butang-butang tersebut dan bukanlah menukar butang-butang itu. Saya ingin menjelaskan lagi, butang yang sedia ada pada iPhone anda itu masih lagi digunakan. Butang-butang ini mengandungi punat yang berfungsi untuk klik jika anda menekan butang tersebut.

 

 

Sebagai contoh, jika anda menggunakan iPhone 6S dan mengalami kerosakan pada butang Power, anda bukan sahaja menukar riben untuk butang Power malah untuk butang Volume/Mute juga. Fakta yang menarik tentang riben ini adalah “flash” juga disekalikan pada riben ini dan bukanlah pada kamera belakang. Ramai pelanggan kami yang beranggapan bahawa flash ini disatukan dengan kamera. Oleh itu, jika flash anda tidak berfungsi, anda bukanlah harus menukar kamera tetapi anda harus menukar riben butang Power dan Volume/Mute ini.

 

 

SERVIS PENUKARAN DI IPRO AMPANG

 

Tetapi tidak bagi model iPhone 6 dan 6 Plus, kerana riben bagi butang Power dan Volume/Mute adalah berbeza. Gambar dibawah menunjukkan riben yang mengawal fungsi butang Power dan butang Volume/Mute. Penukaran riben butang Power dan Volume/Mute di IPRO Ampang mengambil masa 30 minit hingga 1 jam. Ini kerana dengan proses penukaran ini, juruteknik kami harus meleraikan iPhone itu terlebih dahulu dengan membuka bateri dan mengalihkan motherboard sebelum penukaran riben ini dapat dilakukan.

 

 

 

Pin It on Pinterest