MENGENALPASTI MASALAH STUCK APPLE LOGO
Pernah tak anda mengalami iphone stuck di Apple logo? Bagaimanakah kita hendak mengesan masalah ini? Mudah sahaja! Ianya dapat dikesan apabila anda menunggu terlalu lama untuk iphone anda mengakses ke menu. Anda boleh cuba untuk mematikan iphone anda tetapi apabila anda menghidupkan semula, ianya akan masih stuck di Apple logo. Stuck logo ini amatlah menjengkelkan bagi kita semua, kerana kita tidak boleh membuat apa-apa, seperti tekan butang home button atau volume button, ia hanya akan stuck di Apple logo! Kebanyakan pelanggan kami memberitahu bahawa mereka menunggu tempoh masa yang lama, ada yang menunggu sehingga iphone mereka habis bateri, dan apabila mereka mengecas semula iphone mereka, ianya masih lagi stuck logo! Ini sangatlah mengecewakan setelah lama menunggu dan berharap untuk iphone itu mengakses ke menu.
PUNCA-PUNCA BOLEH TERJADINYA STUCK LOGO
Stuck logo ini boleh terjadi apabila anda update iOS menggunakan wifi. Ini kerana kadangkala wifi tidak stabil yang membuatkan iOS itu tidak berjaya membuat update sepenuhnya. Selain itu, stuck logo ini juga boleh berpunca jika anda menggunakan iOS versi “beta”. Versi “beta” ini merupakan iOS yang sedang dalam percubaan, atau tidak lagi dalam kondisi yang baik. Anda mungkin juga akan mengalami masalah stuck logo jika anda mencuba untuk “jailbreak” iphone anda.
Selain daripada itu, masalah stuck logo ini juga boleh terjadi apabila mempunyai masalah “memory ic” di motherboard anda. Ini juga dapat dikaitkan dengan masalah stuck logo kerana apabila iphone storage anda penuh, sistem software tidak dapat untuk berjalan dan membuatkan ianya stuck logo dan akan berlaku pengulangan stuck logo dan restart.
LANGKAH-LANGKAH PERCUBAAN UNTUK MEMBAIKPULIH MASALAH STUCK APPLE LOGO
Terdapat beberapa cara untuk anda cuba untuk menyelesaikan masalah stuck logo ini sendiri. Anda boleh cuba untuk membuat “force restart”. Tetapi dengan cara ini terdapat dua kemungkinan, sama ada iphone anda dapat mengakses ke menu ataupun masih juga stuck di Apple logo. Langkah-langkah untuk anda membuat “force restart” bagi iphone 6 adalah dengan menekan kedua-dua butang power button dan home button tanpa melepaskannya sehingga skrin iphone anda terpadam. Setelah iphone anda terpadam, anda boleh cuba menghidupkan semula iphone anda dengan menekan power button. Anda bernasib baik jika iphone anda boleh mengakses ke menu dengan cara “force restart” ini sahaja.
ANDA TIDAK DIGALAKKAN UNTUK UPDATE IOS MENGGUNANAN WIFI !!
PELANGGAN KAMI
Gambar dibawah menunjukkan salah satu pelanggan kami, Azwan, yang membuat servis software di IPRO Ampang. Beliau datang dengan versi iOS yang lama iaitu iOS 10. Beliau juga mempunyai masalah dimana iphone beliau mempamerkan “iphone is disabled connect to itunes” yang juga memerlukan servis software kami. Technician kami akan memastikan pelanggan kami mengingati Apple ID dan password terlebih dahulu sebelum meneruskan servis ini. Servis software ini dibuat oleh salah seorang daripada technician kami yang berpengalaman, Arif. Proses servis software ini mengambil masa lebih kurang satu jam dan kemungkinan lebih sekiranya pelanggan mahu untuk kekalkan data iphone tersebut.
Recent Comments