Pada hari ini, saya ingin membincangkan tentang penggunaan telefon yang digunakan oleh pengguna telefon pintar di seluruh pelusuk dunia. Teknologi merupakan sesuatu perkara yang berubah dari semasa ke semasa dengan sekelip mata sahaja. Pembaharuan yang dilakukan ke atas setiap telefon pintar yang baharu adalah dengan mengimplimentasikan teknologi yang lebih canggih untuk ianya berkebolehan untuk membuat penggunaan yang pelbagai.

Get RM20 Discount!

Get DISCOUNT by
SCREENSHOT THIS and SHOW IT TO US!

Get the discount Now! Will be close anytime from now.

 

Kita dapat melihat impak kecanggihan teknologi yang terkandung dalam telefon pintar kepada semua pengguna, tidak kiralah usia umur mereka. Pernahkah anda terganggu semasa membuat sesuatu perkara seperti membuat ulangkaji pelajaran dan tiba-tiba mendapat deringan notifikasi daripada telefon anda? Saya yakin ini merupakan perkara yang tidak boleh dielakkan dan berlaku kepada semua orang. Di sini, anda akan menghabiskan masa dengan menyibukkan diri dengan telefon anda sehingga perkara yang seharusnya anda lakukan terabai.

 

Perkara ini merupakan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan kepada semua pengguna tidak kira waktu. Berdasarkan laporan kaji selidik yang dilakukan tentang penggunaan telefon pintar oleh pengguna, perkara pertama yang dilakukan oleh mereka sejurus selepas bangun daripada tidur adalah membelek telefon, begitu juga pada waktu malam sebelum mereka tidur. Lebih memeranjatkan lagi ada juga pengguna yang menggunakan telefon mereka semasa melintas jalan!

 

Pada hari ini teknologi dan internet berkembang dengan maju dan pesat sekali. Internet pada hari ini membolehkan anda untuk melayari internet dengan pantas, membelek laman sosial seperti Instagram atau Facebook dan mengikuti perkembangan isu semasa, mendapatkan notifikasi untuk mesej, panggilan telefon atau sebarang kemas kini daripada laman sosial anda. Laporan kaji selidik ini membincangkan penggunaan telefon bagi golongan mengikut peringkat umur.

 

Golongan yang banyak menghabiskan masa mereka pada peranti mereka adalah daripada lingkungan umur 16-24 tahun. Begitu juga pada golongan yang berumur 25-34 tahun manakala ianya mula berkurangan bermula pada usia 35 tahun. Pada golongan muda, mereka banyak menghabiskan masa dengan bermain permainan video, berada di media sosial dan sebagainya. Pada usia 25-34 pula mereka sering meluangkan masa menggunakan telefon untuk tujuan bekerja seperti menghubungi rakan sekerja dan sebagainya.

 

Seterusnya, kita dapat lihat masyarakat di sekeliling kita menggunakan telefon mereka dimana-mana sahaja mereka berada, walaupun di jalan raya! Ini merupakan tabiat yang tidak sihat dan membahayakan untuk pengguna jalan raya, kepada yang memandu kenderaan dan pejalan kaki. Memandu kenderaan sambil menggunakan telefon merupakan tindakan yang tidak bermoral kerana ianya membahayakan nyawa sendiri dan juga orang lain.

 

Saya ingin juga memberi peringatkan kepada pejalan kaki semasa melintasi jalan raya yang sibuk untuk tidak menggunakan telefon. Ini kerana kemalangan tidak berbau dan kita haruslah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghindarkan diri daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Selain itu, merujuk kepada laporan kaji selidik ini, pengguna sering kali menggunakan telefon sejurus selepas bangun daripada tidur dan juga perkara yang terakhir mereka lakukan sebelum tidur.

 

Terdapat penyelidikan tentang perkara ini yang mengatakan ianya tidak sihat untuk mata anda untuk terdedah kepada cahaya yang dipancarkan oleh skrin telefon anda. Ini kerana cahaya “Blue light” yang dipancarkan itu boleh mengakibatkan mata tidak boleh berehat dan akan membuatkan anda terjaga dan tidak dapat untuk tidur. Terdapat satu terma “Smartphone Zombies” untuk pengguna yang begitu asyik menghabiskan masa mereka dengan menggunakan telefon dan jarang sama sekali renggang daripada genggaman mereka.

 

Untuk mengakhiri perkongsian pada hari ini, saya ingin berpesan kepada semua pengguna telefon agar memantau masa penggunaan harian telefon anda dalam satu hari, tidak terlalu bergantung kepada penggunaan telefon dan perlu mengurus masa dengan bijak!

Loading...
Facebook Messenger for Wordpress

Pin It on Pinterest