Pada hari ini saya ingin menceritakan sedikit tentang apa yang terjadi di Taiwan, China. Seorang pemuda bernama Hsu, menghadapi masalah yang aneh dan jarang sesekali berlaku kepada pengguna peranti. Saya ingin memulakan artikel pada hari ini dengan berkongsi tentang perkara yang terjadi pada pemuda yang tidak bernasib baik ini. Apa yang berlaku adalah beliau tertelan salah satu Airpods sedang beliau tidur.
Ini adalah perkara yang sangat mengejutkan kerana perkara ini tidak pernah terjadi pada orang dewasa. Pemuda yang malang ini menyedari tentang perkara ini adalah apabila beliau mencari dimerata-rata tempat dan masih tidak dapat dijumpai. Tanpa mempunyai sebarang kepastian dimana satu belah Airpods beliau berada, beliau terus mengaktifkan ciri “Find My Airpods” menggunakan iPhone beliau dan terdengar bunyi bip yang dihasilkan oleh Airpods itu.
Apa yang memeranjatkan adalah bunyi bip itu datang daripada perut beliau! Encik Hsu tidak percaya tentang perkara ini, namun begitu bunyi itu dapat didengar dimana-mana beliau berada. Tanpa membuang masa, Encik Hsu langsung bergegas ke Hospital Kaohsiung Municipal United untuk membuat ujian X-ray untuk memastikan tentang hal ini.
Selepas mendapat kepastian bahawa beliau tertelan Airpods itu, beliau diberi ubat lawas untuk memudahkan proses untuk membuang air besar supaya Airpods itu dapat dikeluarkan dengan cara yang lebih selamat. Jika dengan cara ini gagal, pembedahan adalah satu-satunya cara untuk dibuat untuk menjayakan proses pengeluaran Airpods daripada badan beliau.
Pada hari yang berikutnya, beliau mengambil ubat seperti yang disarankan oleh doktor. Airpods yang beliau tertelan itu akhirnya berjaya dikeluarkan ketika beliau membuang air. Perkara yang menakjubkan tentang perkara ini adalah Airpods itu masih lagi berfungsi dan mempunyai bateri sebanyak 41% walaupun sudah semalaman berada dalam perut beliau. Setelah berjumpa semula dengan doktor, doktor itu menjelaskan bahawa beliau bernasib baik kerana sifat Airpods yang diperbuat daripada kerangka plastik yang tidak membahayakan kesihatan dan tidak memudaratkan beliau sepertimana jika beliau tertelan bateri yang mempunyai lithium-ion di dalamnya.
Recent Comments