CARA MENGENALPASTI TAHAP PRESTASI BATERI ANDA
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang isu yang paling banyak dialami oleh pengguna iPhone, iaitu bateri yang habis dengan begitu cepat. Bateri iPhone hendaklah sentiasa dipantau secara berkala di “Settings”. Anda boleh memantau keadaan bateri di pilihan “Battery Health” dengan pergi ke Settings, dan kemudian memilih “Battery” dan seterusnya memilih Battery Health. Battery Health ini berfungsi untuk menunjukkan status keadaan semasa kapasiti bateri iPhone. Battery Health anda sebaiknya berada dalam lingkungan 80% ke atas untuk prestasi yang baik. Manakala bateri yang berada di bawah 80% ini kemungkinan akan mengalami masalah seperti ini. Sedikit penjelasan tentang perkara ini adalah, sebagai contoh sekiranya Battery Health yang berada pada bacaan 50% dan anda membuat pengecasan sehingga penuh, ini bermakna anda mengecas bateri anda pada 100% bagi kapasiti semasa bateri tersebut. Hal ini akan menyebabkan bateri mengambil masa yang singkat untuk dicas sehingga penuh dan mengambil masa yang cepat untuk bateri tersebut habis.
PUNCA-PUNCA MASALAH BATERI CEPAT HABIS
Sebenarnya masalah bateri ini juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti aplikasi yang tidak dipadamkan setelah digunakan. Anda dinasihatkan untuk “clear background” aplikasi, yang masih beroperasi walaupun anda tidak menggunakannya. Pengguna boleh klik butang home sebanyak dua kali, sehingga terpapar aplikasi yang masih digunakan di background, dan “swipe” ke atas bagi memadam setiap aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan penggunaan bateri. Selain itu, mengurangkan kecerahan skrin ataupun “brightness” juga mampu membantu untuk menangani masalah ini. Skrin menggunakan tenaga yang banyak untuk menghasilkan gambar dan kecerahan yang tinggi, akan menyebabkan penggunaan bateri menjadi singkat.
Anda juga boleh mengurangkan penggunaan bateri dengan tidak mengaktifkan ciri “raise to wake”. Ciri ini hanya terdapat pada iPhone 6S keatas, di mana apabila anda mengangkat iPhone anda, skrin anda akan menyala dan penggunaan bateri akan menjadi lebih tinggi. Sebagai contoh, apabila kita menyimpan phone di dalam kocek seluar semasa berjalan, skrin iPhone anda mungkin akan menyala tanpa anda sedari. Kami juga mencadangkan anda untuk memendekkan masa “auto-lock” kerana sekiranya kita terlupa untuk memadamkan skrin, fungsi auto-lock ini memastikan iPhone anda memadamkan skrin pada masa yang ditetapkan. Hal ini akan membuatkan pengunaan bateri menjadi lebih lama dan mengelakkan daripada membuat panggilan tanpa anda sedari.
Berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pandangan para pelanggan kami, ramai yang menyatakan bahawa sesetengah aplikasi yang digunakan memakan bateri yang banyak, seperti aplikasi Waze, yang menggunakan GPS semasa penggunaan aplikasi tersebut. GPS ini berfungsi untuk mendapatkan keadaan lokasi semasa, yang menggunakan bateri yang banyak untuk menghantar signal ke satelite bagi memastikan ketepatan lokasi di mana anda berada. Dengan menggunakan aplikasi Waze, ia memerlukan ketepatan yang tinggi bagi memastikan lokasi anda sentiasa tepat dan hal ini menyebabkan bateri anda berkurang dengan pantas.
Kemungkinan juga masalah bateri cepat habis ini disebabkan oleh alat ganti iPhone yang rosak. LCD yang bermasalah akan menyebabkan bateri untuk cepat habis. Sebagai contoh, backlight pada LCD yang rosak itu menyebabkan ianya memerlukan cas yang berlebihan dan penggunaan bateri yang banyak untuk beroperasi, begitu juga dengan kamera depan.
Kemungkinan juga masalah bateri cepat habis ini disebabkan oleh alat ganti iPhone yang telah rosak. LCD yang bermasalah juga menjadi sebab berlakunya masalah ini. Hal ini kerana LCD memerlukan kadar tenaga yang tinggi untuk memberi pencahayaan dan gambar kepada pengguna dan jika ia rosak, boleh menyebabkan penggunaan bateri yang tinggi. Selain itu, masalah kamera depan juga pernah menjadi penyebab bagi masalah bateri cepat habis, di mana “proximity sensor” telah rosak dan berfungsi secara berterusan lalu menyebabkan masalah ini berlaku.
Penggunaan cable dan adapter yang bukan original boleh juga menyebabkan kerosakan pada motherboard, iaitu cip yang mengawal pengecasan yang berkait rapat dengan bateri. Anda tidak digalakkan untuk membiarkan iPhone anda kehabisan bateri, dan baru melakukan pengecasan kerana itu memerlukan kuasa yang tinggi untuk menghidupkan iPhone anda yang telah mati. Anda dinasihatkan untuk mengecas iPhone anda di tahap 20% kerana ia akan memberi kesan pada jangka hayat bateri itu. Bateri yang lama digunakan juga merupakan sesuatu yang boleh menyebabkan masalah bateri cepat habis ini.
SERVIS DI IPRO AMPANG
Berikut adalah salah satu pelanggan kami yang datang ke IPRO Ampang, Nazirul, seorang pengguna iPhone 6S yang mempunyai masalah bateri cepat habis. Kami membuat diagnosis dan bateri kapasitinya pada bacaan 77% dan pihak kami dapat mengenalpasti yang mana penggunaan bateri ini hampir tiga tahun. Hasil daripada diagnosis kami dapat mengenalpasti bateri beliau mangalami masalah dan mencadangkan untuk membuat penukaran bateri dimana masalah ini akan menjejaskan prestasi iPhone tersebut.
Recent Comments