MENGENALPASTI MASALAH TOUCH IPHONE 6 PLUS

Masalah touch merupakan satu masalah yang sering berlaku kepada semua pengguna Iphone. Masalah ini kerap berlaku pada Iphone 6 Plus. Touch ini merupakan ciri yang paling penting di sesebuah Iphone itu. Ini kerana semua operasi dikawal dengan ciri touch, seperti menjawab panggilan telefon, skrol di halaman media sosial, mencari gambar di album foto dan lain-lain.

Masalah touch ini boleh berlaku sekiranya anda terjatuhkan phone atau phone anda termasuk air, ini mungkin mengakibatkan phone anda tidak boleh touch. Terdapat dua kemungkinan jika masalah ini terjadi, samada software atau hardware. Ini bergantung kepada tahap kemampuan untuk touch itu. Antara contoh masalah touch adalah sesetengah bahagian skrin sahaja yang tidak boleh disentuh, atau kadang-kadang sahaja boleh, kadang-kadang tidak.

 

APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN SEBELUM MENGHANTAR IPHONE ANDA KE PUSAT PEMBAIKAN

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan sekiranya masalah touch ini timbul. Salah satunya ialah anda boleh cuba restart phone anda. Tetapi semestinya anda tidak boleh restart phone sekiranya touch tidak dapat berfungsi. Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan hard reset. iaitu dengan menekan kedua-dua butang power dan butang home sehingga skrin iphone anda terpadam. Anda seharusnya meneruskan untuk tekan butang power dan butang home sehingga logo Apple terpapar di skrin dan iphone anda akan mengakses ke menu seperti biasa.

Jika dengan berbuat demikian tidak berhasil dan masalah touch masih lagi tidak dapat diselesaikan, anda boleh cuba untuk restore iphone anda dengan menggunakan aplikasi iTunes atau aplikasi yang berkaitan. Anda dinasihatkan untuk membuat backup sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya proses restore dan membuat Iphone anda kehilangan data.

Bagi masalah hardware pula, ini mungkin disebabkan oleh LCD itu sendiri. LCD itu kemungkinan memerlukan penukaran disebabkan jatuh dan mengalami impak yang kuat menyebabkan LCD itu rosak. Pada peringkat awal LCD itu mungkin boleh digunakan lagi dan kebanyakan orang menganggap LCD itu tidak rosak kerana ianya berfungsi seperti biasa. Lama-kelamaan LCD itu akan hilang keupayaannya untuk touch.

 

 

 

SERVIS DI IPRO AMPANG

 

 

IPRO Ampang menyediakan servis diagnosis Iphone anda untuk mengenalpasti punca masalah itu. Kemungkinan connector LCD itu sahaja yang tertanggal daripada motherboard berpunca daripada jatuh, yang membuatkan ianya tidak berfungsi. Jadi anda tidak perlu untuk menukar LCD sama sekali. Bagi proses servis software ini mengambil masa lebih kurang satu jam, atau lebih sekiranya pelanggan kami ingin membuat backup terlebih dahulu. Untuk penukaran LCD pula, IPRO Ampang mengambil masa 15-30 minit sahaja.

 

 

Jika penukaran LCD tidak dapat menyelesaikan masalah touch ini, ini kemungkinan berpunca daripada salah satu komponen yang berada di motherboard, iaitu touch ic. IPRO mengambil masa dua ke tiga hari untuk membuat diagnosis yang teliti pada motherboard itu untuk mengenalpasti tahap keterukan komponen tersebut. Selepas proses diagnosis, pihak kami akan menelefon pelanggan kami untuk memberitahu tentang report diagnosis serta harga untuk pembaikan motherboard. Jika mendapat persetujuan dari pelanggan, barulah pihak kami membuat pembaikan yang mengambil masa dua ke tiga hari lagi.

 

 

Gambar dibawah menunjukkan salah satu pelanggan kami, Raihana, yang membuat penukaran LCD di IPRO Ampang, oleh salah satu technican kami yang berpengalaman, Merza. Puan Raihana juga berpeluang untuk memasuki peraduan Repair & Win kami dan berpeluang memenangi hadiah mingguan, bulanan atau utama kami!

 

Pin It on Pinterest