ZAMAN GLOBALISASI DAN INTERNET
Pada hari ini saya ingin menceritakan tentang kebaikan untuk membuat penyambungan WIFI. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa telefon pintar pada zaman ini mementingkan WIFI dalam setiap peranti mereka? WIFI adalah teknologi yang sangat penting pada hari ini kerana dimana-mana sahaja kita memerlukan internet untuk menyibukkan diri di alam maya. Teknologi berubah dengan pantasnya selang beberapa tahun dan ini merupakan pencapaian yang sangat menakjubkan bagi kita semua kerana generasi sekarang semuanya bergantung kepada internet untuk membuat sesuatu perkara itu.
BAGAIMANAKAH WIFI INI BERFUNGSI?
Saya ingin memulakan artikel saya pada hari ini dengan berkongsikan sedikit maklumat tentang penggunaan WIFI. Bagaimanakah sebenarnya WIFI ini berfungsi? Pencapaian WIFI ini menggunakan gelombang radio, dimana cas elektrik yang dihasilkan daripada bateri telefon anda akan ditukarkan kepada frekuensi yang tertentu dan kemudiannya disalurkan melalui antenna untuk membuat penyambungan. Gelombang radio ini akan dihantar dan diterima oleh antenna telefon anda untuk menyambungkan ke rangkaian WIFI untuk mengakses internet. Salah satu kebaikan menggunakan WIFI adalah ianya lebih menjimatkan bateri anda.
Sedikit penjelasan tentang perkara ini, segala pencapaian rangkaian, selular ataupun WIFI, bergantung kepada jarak antara kedudukan menara rangkaian dan telefon anda. Lebih jauh kedudukan menara rangkaian daripada telefon anda, lebih banyak penggunaan bateri yang ada digunakan untuk menghasilkan gelombang radio untuk mendapatkan pencapaian internet. Pusat akses WIFI adalah lebih dekat dengan kebanyakan menara rangkaian jadi dengan menggunakan WIFI anda boleh menjimatkan kuasa dan mengurangkan penggunaan bateri sama sekali. Seterusnya, telefon pintar kita mempunyai ciri servis lokasi atau lebih diketahui sebagai “Location Services”.
APAKAH ITU GEOLOCATION?
Ciri ini membolehkan telefon pintar untuk mengetahui lokasi sebenar anda di sesuatu tempat, pada sesuatu masa itu. Ini juga dikenali sebagai “Geolocation”. Sebagai contoh, jika anda pergi melancong ke sesebuah negara dan anda mengambil gambar semasa anda berada di sana, gambar yang diambil itu akan disertakan lokasi dan ianya akan memudahkan kita untuk mengingati nama-nama tempat tersebut. Jadi apakah yang berkaitan dengan penggunaan WIFI? Geolocation ini menggunakan teknologi satelit untuk mengetahui kedudukan dimana anda berada pada sesuatu tempat itu dan ianya akan menggunakan bateri yang banyak.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN WIFI
Untuk menyelesaikan masalah ini pihak pengeluaran telefon telah menggunakan menara rangkaian dan pusat akses WIFI untuk mendapatkan lokasi ini tanpa menggunakan satelit. Selain itu, dengan membuat penyambungan WIFI, kita akan mendapat kelajuan internet yang lebih pantas dan lebih efisien berbanding menggunakan pelan data internet yang anda langgan. Sebagai contoh, melayari internet akan menjadi begitu mudah dan laju dengan tidak ada sebarang kelewatan jika anda menonton filem dengan saiz file yang besar untuk dimuatturun sebelum ianya dimainkan.
Bukan itu sahaja, ini dapat menjimatkan penggunaan data langganan anda itu kerana data yang dilanggan tersebut adalah terhad dan ianya lebih baik jika anda menggunakan data itu pada waktu kecemasan sahaja seperti di kawasan yang tidak mempunyai rangkaian WIFI. Penggunaan data yang berlebihan akan menyebabkan anda dikenakan bayaran mengikut kuota yang melebihi had daripada yang sepatutnya. Anda boleh menggunakan WIFI untuk update aplikasi-aplikasi untuk mempercepatkan urusan dan tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan. Bagi pengguna iPhone, untuk pengetahuan anda, telefon anda akan memulakan “backup” di iCloud secara automatik sekiranya anda mengecas dan pada masa yang sama membuat penyambungan WIFI.
Recent Comments