iPHONE LIGHTNING KE USB TYPE-C?

 

Jadi pernahkah anda terfikir mengapa iPhone tidak menukar port pengecasan mereka kepada USB-C? Sepertimana yang anda mungkin sudah tahu, USB-C ini digunakan secara meluas dan terdapat pada kebanyakan model-model telefon pintar keluaran yang baru. Apple memperkenalkan USB-C kepada beberapa buah perantinya iaitu Macbook, Macbook Pro dan iMac Pro. Sebelum keluaran model iPhone 5 pada tahun 2012, USB-C belum lagi diperkenalkan. Saya ingin berkongsikan sejarah penggunaan kabel yang digunakan untuk peranti Apple.

 

 

 

DOCK 30-PIN

 

Generasi model pertama iPhone menggunakan penyambungan pengecasan Dock 30-pin. Ini kerana Apple memperkenalkan iPod pada tahun 2002 dimana ianya menggunakan penyambungan Dock juga. Selang beberapa tahun selepas itu, penyambungan Dock ini sudah menjadi lapuk dan tidak mengikuti perkembangan teknologi dari segi saiznya yang besar. Pihak jurutera yang bertanggungjawab atas pembaikan dan pembaharuan kabel untuk syarikat Apple haruslah menyuarakan dan memperkenalkan produk yang baru untuk menyelaraskan dengan teknologi yang ada pada masa itu.

 

USB TYPE-A, MINI USB & MICRO USB

 

Penggunaan penyambungan kabel yang ada masa itu adalah USB-A, miniUSB dan MicroUSB. Walaupun miniUSB dan MicroUSB dapat memanfaatkan kepada pengguna daripada segi saiznya yang kecil, tetapi Apple berpendapat untuk memperkenalkan satu keluaran yang boleh digunakan pada jangka masa yang lama. Jadi, Apple menciptakan satu keluaran Lightning dengan saiz dan bentuknya yang simetri dan kecil serta dijangka penggunaannya selama 10 tahun tanpa perlu menukar kepada penyambungan yang lain.

 

 

 

CIRI LIGHTNING & USB TYPE-C

Apple merupakan salah satu syarikat yang terkenal dan terkemuka di seluruh dunia dan Apple sudah pasti juga akan mendapat sambutan yang hangat. Tetapi terdapat beberapa aspek yang harus dilihat dan diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang penukaran atau perubahan dibuat kepada peranti Apple. Antara perkara yang harus dipertikaikan untuk Apple menggunakan USB-C adalah adalah perbezaan saiz penyambungan kabel. Saiz USB-C adalah lebih besar jika dibandingkan dengan keluaran Lightning Apple. Untuk jurutera yang dikhaskan untuk mereka bentuk sesebuah telefon pintar itu, setiap milimeter adalah penting bagi tujuan untuk mencapai spesifikasi dan ketebalan telefon tersebut.

 

Dengan perubahan kepada USB-C ini, Apple mungkin akan mengeluarkan telefon yang agak tebal dan hanya mensia-siakan pelupusan Earphone Jack pada model-model mereka yang baru (iPhone 7 dan keatas). Selain itu, penyambungan USB-C adalah piawai, iaitu jika terdapat teknologi baru yang diperkenalkan pada masa yang akan datang, penggunaan USB-C ini mungkin akan mengambil masa untuk persetujuan untuk diimplimentasikan ke teknologi tersebut, namun tidak bagi Apple. Apple juga sudah memperkenalkan Lightning 10 tahun selepas penyambungan Dock diperkenalkan dan kita sudah menggunakan Lightning sepanjang 7 tahun. Tidak ada sebarang isu atau masalah pun yang timbul berkenaan dengan hal penyambungan ini daripada pengguna iPhone.

 

 

Seterusnya, Apple mungkin lebih memfokuskan kepada penggunaan pengecasan tanpa wayar daripada berfikiran untuk menukar penyambungan kabel. Ini kerana kita sekarang berada di era modenisasi dan teknologi yang berkembang pesat dan penggunaan tanpa wayar sangatlah berleluasa pada kebanyakan gadget pada masa ini. Kabel Lightning digunakan oleh ramai pengguna dan penukaran penyambungan iPhone ke USB-C akan menyebabkan sedikit implikasi dan ianya adalah sesuatu yang tidak perlu dilakukan. Tetapi apakah pendapat anda sekiranya Apple menyediakan penyambungan adapter Lightning ke USB-C, seperti penyambungan wayar pendek 3.5mm yang diberi untuk menyambungkan earphone anda dan Lightning?

 

 

Pada pendapat saya, ini mampu memudahkan urusan pengecasan jika anda berada dalam situasi dimana kabel Lightning anda rosak dan rakan-rakan anda pula menggunakan USB-C, anda tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk mengecas iPhone anda sama seklai! Kita haruslah mengikuti perkembangan Apple sendiri kerana sudah pasti mereka sudah merancang apa yang perlu ditambahbaik untuk memenuhi keperluan semua pengguna produk mereka. Siapa tahu, pada masa akan datang, akan adanya penyambungan MicroUSB-C? Sama-samalah kita nantikan teknolog baru yang akan diperkenalkan kepada kita semua pada beberapa tahun yang akan datang.

Pin It on Pinterest