Salam sejahtera dan selamat tengahari saya ucapkan kepada pembaca! Artikel saya pada hari ini akan membincangkan tentang ciri yang hangat yang ada pada model telefon keluaran yang terbaru Huawei iaitu Huawei P30 Pro. Salah satu perkara yang mendapat perhatian ramai adalah kebolehannya untuk menangkap gambar secara jelas walaupun anda menangkap dari jarak yang jauh.

 

 

KAMERA MERUPAKAN CIRI YANG PENTING BAGI KEBANYAKAN PENGGUNA

 

Sebelum memulakan artikel ini, saya ingin membincangkan tentang aspek atau perkara yang dipandang oleh pengguna telefon pada masa ini. Kebanyakan pengguna telefon menitikberatkan tentang spesifikasi kamera yang terdapat pada sesebuah telefon itu untuk dapat menghasilkan gambar yang jelas dari segi kualiti yang tinggi hasil daripada tangkapan kamera tersebut. Untuk menjayakan perkara ini, pihak pengeluar berpendapat untuk membuat penambahan kamera bagi menghasilkan sesebuah gambar yang menakjubkan.

 

Untuk pengetahuan anda, kamera yang ditambah pada sesebuah telefon itu sudah pastilah akan menambah sedikit ukuran dari segi reka bentuknya, seperti ketebalan dan kelebaran sesebuah telefon itu untuk memberi ruang kepada penambahan kamera. Dengan penambahan kamera ini akan mampu dapat memenuhi citarasa pengguna untuk menghasilkan gambar yang berkualiti HDR, gambar portrait yang lebih baik, 3D dan pengambilan gambar yang cantik pada suasana yang kurang adanya cahaya.

 

 

KELEBIHAN MEMPUNYAI KAMERA TAMBAHAN PADA TELEFON

 

Terdapat banyak model-model telefon yang telah membuat penambahan kamera dan mempunyai berbeza-beza reka bentuk dan posisi kamera untuk menghasilkan prototaip yang ideal bagi pengguna. Mari kita lihat apa kelebihan yang dapat diperolehi dengan penambahan kamera pada sesebuah telefon pintar ini. Dengan membuat penambahan kamera, telefon anda boleh menghasilkan telefoto dan zoom.

 

 

Terdapat dua jenis telefoto dan zoom, iaitu Digital Zoom dan Optical Zoom. Digital Zoom adalah dimana terdapat penambahan secara digital dilakukan dan diimplementasikan pada kamera utama sesebuah telefon itu manakala Optical Zoom adalah dengan membuat penambahan kamera yang dikhaskan untuk menghasilkan sesebuah gambar telefoto dan zoom. Sebagai contoh, model-model telefon yang menggunakan digital zoom adalah Apple, OnePlus, HTC yang menggunakan kamera yang digandingkan dengan 2x telefoto modul dan bagi Huawei Mate P20 Pro menggunakan 3x telefoto.

 

 

GAMBAR WIDE-ANGLE, PORTRAIT & BOKEH DAPAT DIHASILKAN

 

Seterusnya, dengan penambahan kamera, telefon anda mampu untuk menghasilkan sesebuah gambar secara sudut luas (Wide-angle). Gambar dibawah menunjukkan gambar secara sudut luas. Selain itu, dengan adanya kamera tambahan pada sesebuah telefon itu akan memboleh penghasilan gambar Portrait dan Bokeh. Portrait dan Bokeh ini dapat dihasilkan kerana kedua-dua kamera itu mempunyai peranan yang penting.

 

Saya akan cuba memberikan penerangan sejelas yang mungkin untuk kefahaman anda semua. Salah satu kamera akan mengukur jarak kamera dari objek yang hendak difokuskan dan kamera yang kedua pula akan mengukur jarak latar belakang objek tersebut. Kedua-dua kamera ini juga akan mengukur kedalaman di sekeliling untuk menghasilkan sebuah imej yang difokuskan kepada objek dan dikaburkan latar belakangnya.

 

 

Seterusnya, penambahan kamera juga akan meningkatkan keperincian sesebuah gambar itu. Untuk pengetahuan anda, kamera anda memerlukan filter warna untuk menghasilkan sesebuah gambar. Dengan filter ini akan menghasilkan imej RGB, dimana gambar itu akan kurang jelas dari segi resolusinya disebabkan oleh pancaran warna dan penerimaan cahaya yang separa. Sebagai contoh, jika anda mengambil gambar pada suasana yang gelap, apa yang berlaku adalah hanya sesetengah pixel warna sahaja yang mendapat pencahayaan dan inilah yang menjadikan sesebuah gambar itu kurang jelas. Jadi, dengan penambahan kamera yang mempunyai monochrome sensor akan menangkap kesemua pencahayaan yang ada dan digabungkan kepada imej RGB itu tadi untuk menghasilkan gambar yang jelas walaupun dalam keadaan yang gelap.

Pin It on Pinterest