Selamat petang dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian! Dalam artikel saya pada hari ini, saya ingin membincangkan apakah ciri yang akan dibaikpulih dan dibuat penambahan daripada Samsung untuk telefon pintar mereka yang akan datang? Mereka telah menjayakan dan menggunakan teknologi yang terkini pada telefon pintar pada masa ini seperti kamera “hole-punch” dan “ultrasonic fingerprint”.

Get RM20 Discount!

Get DISCOUNT by
SCREENSHOT THIS and SHOW IT TO US!

Get the discount Now! Will be close anytime from now.

 

Jadi apakah lagi yang sedang diusahakan oleh Samsung untuk memperbaharui lagi ciptaan mereka ini? Berdasarkan laporan yang dibuat oleh media di South Korea, mereka menyatakan bahawa Samsung sedang mengusahakan sesuatu yang akan disukai ramai, iaitu paparan skrin yang penuh pada telefon pintar anda. Merujuk kepada peranti mereka yang terbaru iaitu Samsung Galaxy S10, penggunaan “in-display” untuk pengesahan jari akan digunapakai juga untuk kamera.

 

Ini bermaksud kamera hadapan anda juga akan diimplentasikan dalam paparan skrin telefon pintar anda dan tidak lagi memerlukan “hole-punch” sama sekali. Sesetengah pengguna amatlah mementingkan keluasan skrin untuk menghasilkan sesebuah paparan yang besar dan memuaskan. Keluaran model Samsung Galaxy A80 telah pun menyediakan paparan yang besar dan memenuhi ruangan skrin untuk pengalaman yang lebih menakjubkan.

 

Ciri yang membezakan ia daripada model-model yang lain adalah keupayaan kamera belakang untuk dipusing untuk mengambil gambar “selfie”. Ini bermaksud hanya satu kamera sahaja yang digunakan untuk dua operasi yang berbeza. Perubahan kepada penggunaan kamera secara in-display ini mungkin akan diimplementasikan pada peranti Samsung yang akan datang sama ada pada Samsung Galaxy S11 atau Galaxy Note 11.

Loading...
Facebook Messenger for Wordpress

Pin It on Pinterest