Salam sejahtera dan selamat petang kepada semua pembaca! Berikut adalah salah satu pelanggan yang datang ke IPRO Ampang untuk mendapatkan servis pembaikan daripada kami.

 

PELANGGAN KAMI

 

 

Beliau yang bernama Aidil Hasan, pengguna iPhone 7, datang ke IPRO Ampang dengan mempunyai masalah bateri telefon yang habis dengan cepat sekali. Encik Aidil memberitahu juruteknik kami dimana beliau sering bermain permainan video PUBG dan perlu membuat pengecasan banyak kali. Kemudian, juruteknik kami memberikan pendapat dan mengesyorkan beliau untuk menukar ke bateri Yoobao dimana bateri ini telah dinaiktaraf kapasitinya yang membolehkan penggunaan telefon yang lebih lama dan kurang pengecasan.

 

SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

 

Selepas mendapat persetujuan daripada Encik Aidil untuk penukaran bateri Yoobao ini, juruteknik kami yang bernama Arif membuat penukaran ini dengan serta-merta. Proses penukaran bateri ini mengambil masa 15-20 minit sahaja. Juruteknik kami membuat ujian terlebih dahulu sebelum memasangkan bateri Yoobao pada iPhone 7 Encik Aidil ini. Pengujian yang dibuat itu adalah membuat semakan bacaan pada meter bacaan digital yang menunjukkan arus yang masuk kedalam iPhone tersebut. Arus yang baik adalah dalam lingkungan 0.95A – 1.0A bagi iPhone.

 

Sejurus selepas semakan bateri dilakukan, juruteknik kami langsung memasangkan bateri Yoobao itu ke dalam iPhone 7 Encik Aidil. Encik Aidil juga ada menanyakan tentang tips penjagaan bateri daripada pihak juruteknik kami. Salah satunya adalah tidak melakukan pengecasan berlebihan atau “overcharge”. Beliau juga diberitahu untuk tidak membuat pengecasan dalam kereta, dimana ianya boleh menjejaskan kesihatan bateri anda. Beliau juga tidak membiarkan telefon beliau mati sepenuhnya sebelum melakukan pengecasan, dimana beliau seharusnya membuat pengecasan apabila bateri beliau pada tahap 20% atau 10%.

 

Selepas pemasangan itu dilakukan, juruteknik menyemak status bateri Yoobao yang dipasang itu menggunakan aplikasi 3uTools di komputer untuk menunjukkan kapasiti bateri yang sudah berubah daripada 1960 mAh ke 2200 mAh. Juruteknik kami memberitahu Encik Aidil bahawa beliau diberi waranti selama 18 bulan, sekiranya terdapat masalah yang berkaitan dengan bateri itu, bolehlah datang semula ke IPRO Ampang untuk penggantian bateri Yoobao yang baru.

 

 

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

Pin It on Pinterest