PELANGGAN KAMI, ENCIK FAROK, PENGGUNA iPHONE 6 PLUS DENGAN MASALAH TIDAK BOLEH MEMBUAT PENGECASAN

 

Pada hari ini saya ingin menceritakan tentang salah seorang pelanggan kami yang datang ke IPRO Ampang untuk menerima servis pembaikan telefon daripada kami. Encik Farok datang ke IPRO Ampang untuk diagnosis telefon beliau dimana beliau tidak dapat membuat pengecasan pada iPhone 6 Plus beliau. Selepas disambut mesra oleh salah seorang pihak juruteknik kami yang bernama Arif, beliau langsung memberi telefon beliau kepada Arif untuk mengenalpasti punca iPhone 6 Plus yang tidak boleh dicas.

 

 

SERVIS PENUKARAN DI IPRO AMPANG

 

Encik Farok memaklumkan bahawa telefon beliau pernah jatuh beberapa kali sebelum masalah ini timbul. Selepas itu, juruteknik kami memulakan membuat diagnosis kepada iPhone beliau itu. Perkara pertama yang dilakukan oleh juruteknik kami adalah membuat pengecasan. Ini kerana pihak kami ingin memastikan bahawa masalah tidak boleh cas ini bukan berpunca daripada penggunaan kabel yang rosak.

Pada masa itu juga Encik Farok menyerahkan kabel yang dibawa oleh beliau itu kepada juruteknik kami untuk membuat penyemakan. Seterusnya, juruteknik kami membuka iPhone beliau dengan memisahkan bahagian LCD dari kerangka iPhone tersebut. Kemudian, juruteknik kami mengambil bateri yang baru dan membuat penyambungan pada iPhone Encik Farok. Ini kerana bateri yang rosak juga boleh menyebabkan pengecasan mendapat bacaan yang rendah.

Namun begitu, pengecasan masih juga tidak dapat dilakukan selepas menggunakan bateri yang baru. Tanpa melengahkan masa, juruteknik kami membuat penyambungan Plug-in (charging port) yang baru dan pengecasan dapat dilakukan, juruteknik kami memaklumkan kepada Encik Farok bahawa Plug-in beliau telah rosak dan memerlukan penukaran untuk membolehkan pengecasan. Selepas perbincangan harga dan tempoh masa penukaran Plug-in oleh juruteknik kami kepada Encik Farok, beliau bersetuju untuk membuat penukaran Plug-ini tersebut yang mengambil masa 30-45 minit sahaja.

Selepas penukaran Plug-in dilakukan, juruteknik kami membuat pengujian dengan mengecas iPhone tersebut untuk memastikan Plug-in itu berfungsi dengan baik sebelum menyerahkan semula kepada Encik Farok. Pengujian yang dilakukan selain daripada pengecasan adalah earphone jack dan panggilan telefon juga diuji. Ini kerana earphone jack dan mikrofon berada pada riben yang sama pada Plug-in.

Setelah pengujian dibuat, iPhone 6 Plus Encik Farok diserahkan kepada beliau semula. Encik Farok berterima kasih kepada juruteknik kami, Arif, yang membuat penukaran Plug-in beliau dan membuat pembayaran serta-merta. Beliau juga layak untuk memasuki peraduan Repair&Win yang akan berakhir pada 30 April 2019 dan berpeluang memenangi iPhone XR 128GB! Terima kasih, Encik Farok!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

 

Pin It on Pinterest