FUNGSI HOME BUTTON

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang masalah yang kebiasaanya berlaku kepada setiap pengguna iPhone, iaitu masalah Home Button. Penggunaan Home Button adalah sesuatu yang amat penting bagi sesebuah iPhone itu. Ini kerana Home Button merupakan ciri yang digunakan sekiranya kita hendak keluar daripada apa-apa aplikasi. Penggunaan Home Button juga amatlah penting sekiranya kita ingin membuat hard reset dimana kita harus menekan Power Button dan Home Button pada masa yang sama. Home Button mengalami evolusinya yang tersendiri dari semasa ke semasa. Home Button iPhone 5S mengandungi ciri Touch ID, iaitu penggunaan cap jari untuk mengakses menu dengan lebih mudah.

Gambar dibawah merupakan Home Button bagi iPhone 5S dan SE dimana ribennya agak panjang, dan penyambungannya dibuat pada Plug-in. Home Button bagi iPhone 6 dan 6 Plus berbeza dengan iPhone 5S dan SE kerana penyambungan Home Button dibuat pada LCD, iaitu pada Touch Plate. Bagi model iPhone 6S, 6S Plus, 7, 7 Plus, 8 dan 8 Plus pula mempunyai penyambungan pada Backlight di LCD. iPhone 7, 7 Plus, 8 dan 8 Plus menggunakan Taptic Engine, dimana vibrasi dapat dihasilkan seakan-akan anda menekan Home Button. Sepertimana yang anda semua tahu tentang iPhone X, XR, XS dan XS Max, model-model ini tidak lagi menggunakan Home Button. Ini merupakan satu evolusi yang mantap kerana dengan ketidakhadiran Home Button ini tidak akan berlakunya masalah Home Button yang rosak.

 

Home Button iPhone 5S

 

Home Button iPhone 6

Masalah Home Button kebiasaannya terjadi sekiranya iPhone itu jatuh dan mengalami impakan yang kuat. Untuk pengetahuan anda, penukaran Home Button yang mempunyai ciri Touch ID, Touch ID ini tidak lagi dapat digunakan. Ini kerana ciri Touch ID ini telah diselaraskan pada Home Button asal iPhone itu. Jika anda masih ingin menggunakan ciri Touch ID, anda harus membawa iPhone anda ke pihak Apple. Ini kerana Touch ID ini berhubungkait dengan ciri keselamatan dan ianya tidak dapat dipliagat sama sekali. Bagi model iPhone 7, 7 Plus, 8 dan 8 Plus yang mengalami kerosakan Home Button, ianya agak sukar untuk diganti kerana Home Button bagi model ini tidak boleh didapati di mana-mana pasaran.

SERVIS DI IPRO AMPANG

Di IPRO Ampang, proses penukaran Home Button mengambil masa 15 hingga 20 minit sahaja. Berikut merupakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak juruteknik kami sebelum proses penukaran dilakukan. Sesetengah pelanggan kami datang dengan masalah Home Button yang rosak, tetapi masih dapat menggunakan ciri Touch ID. Juruteknik kami akan memberitahu pelanggan kami bahawa penukaran Home Button ini akan menyebabkan ciri Touch ID tidak lagi dapat digunakan. Perkara yang pertama dilakukan oleh juruteknik kami adalah mematikan iPhone tersebut bagi mengelakkan litar pintas berlaku. Seterusnya juruteknik kami akan mula memisahkan bahagian skrin dan kerangka iPhone 5S itu dengan membuka kedua-dua skru yang terdapat pada bahagian bawah iPhone. Proses memisahkan bahagian skrin dan kerangka iPhone 5S perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana terdapat klip yang mencantumkan Home Button pada soket yang terdapat pada kerangka iPhone itu. Klip itu hendaklah dipisahkan terlebih dahulu untuk mengelakkan riben Home Button itu terkoyak.

 

 

Selepas proses pemindahan Home Button berjaya dilakukan, juruteknik kami akan membuat pengujian ke atas iPhone tersebut. Ini kerana juruteknik kami haruslah memastikan fungsi Home Button itu dapat digunakan. Kami menasihati anda untuk membuat apa-apa penukaran di IPRO Ampang dan tidak membeli dari pihak ketiga. Ini kerana dengan membuat pembaikan telefon di IPRO Ampang yang membuat servis pembaikan face-to-face, anda akan lebih yakin dengan servis yang kami sediakan. Selain itu, dengan membuat pembaikan Home Button di IPRO Ampang, anda akan diberi waranti selama 3 bulan dan kami akan membuat penukaran Home Button yang baru sekiranya terdapat masalah berkaitan dengan Home Button anda.

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

Pin It on Pinterest