Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca! Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang masalah yang dihadapi oleh salah seorang pelanggan kami. Masalah yang dihadapi beliau adalah telefon iPhone 6 dimasuki air hujan.

 

PELANGGAN KAMI, ENCIK HAFIZI

 

Encik Hafizi membuat pembaikan iPhone 6 beliau yang dimasuki air hujan, membuat penukaran LCD dan kanta kamera.

 

SERVIS DI IPRO AMPANG

 

Encik Hafizi datang dengan masalah sebahagian skrin iPhone 6 beliau tidak boleh disentuh. Beliau disambut mesra oleh salah seorang juruteknik kami yang bernama Arif. Selepas Encik Hafizi memberikan telefon beliau ke tangan Arif, beliau mula menyuarakan masalah yang terdapat pada iPhone 6 tersebut.

 

Encik Hafizi memaklumkan bahawa telefon beliau dimasuki air hujan semasa membawa motorsikal dan sejurus selepas kejadian itu, paparan skrin beliau mula tidak memberi tindak balas yang baik pada sentuhan di bahagian bawah skrin, berdekatan dengan butang Home. Selepas juruteknik kami membuat penyemakan keseluruhan iPhone 6 Encik Hafizi, juruteknik kami mendapati bahawa kanta kamera belakang beliau telah pecah dan mengesyorkan Encik Hafizi untuk membuat penukaran kanta tersebut juga.

 

Kanta kamera iPhone 6 Encik Hafizi yang telah pecah.

 

Perkara pertama yang dilakukan oleh juruteknik kami adalah meleraikan telefon itu untuk memisahkan motherboard daripada peranti-peranti yang lain untuk membuat Chemical Wash yang memakan masa 3-4 jam, dimana kami mencuci motherboard serta kabel penyambungan peranti-peranti yang terdapat dalam iPhone 6 Encik Hafizi. Ini bagi memastikan tiada air lagi yang terdapat dalam telefon Encik Hafizi itu.

 

Selepas proses Chemical Wash dilakukan, juruteknik kami membuat pemasangan semula untuk menguji LCD yang lama. Juruteknik kami mendapati bahawa LCD beliau yang lama menunjukkan tindak balas yang sama, iaitu tidak boleh ditekan pada bahagian bawah. Juruteknik kami kemudian memaklumkan perkara tersebut pada En Hafizi dan menyarankan untuk menukar LCD yang baru untuk membolehkan penggunaan yang sempurna.

 

Seterusnya, juruteknik kami membuat penukaran kanta kamera belakang, yang mengambil masa selama 1 jam. Ini kerana proses untuk penukaran kanta tersebut memerlukan proses menanggalkan dan gam semula kanta tersebut. Selepas penukaran LCD dan kanta kamera dilakukan, juruteknik kami membuat pengujian terhadap telefonEn Hafizi buat kali terakhir untuk memastikan semuanya berfungsi seperti biasa.

 

Terima kasih Encik Hafizi kerana memilih IPRO Ampang untuk membuat servis pembaikan telefon anda!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

 

Pin It on Pinterest