Memiliki sebuah telefon pintar iPhone merupakan idaman bagi kebanyakan daripada kita. Namun, disebabkan harga iPhone itu sendiri yang agak mahal berbanding telefon pintar Android, maka hasrat ingin memiliki sebuah iPhone dilupakan begitu sahaja. Namun, kebanyakan mereka yang bekerja di dalam bidang profesional lebih gemarkan iPhone disebabkan kualiti yang mereka perolehi adalah berbaloi dengan nilai iPhone yang dibayar. Tidak hairanlah, bila ada viral berkenaan pengguna iPhone yang sanggup beratur panjang seawal pagi untuk mendapatkan keluaran terbaru iPhone.

kedai repair iphone di murah di lembah klang

iPhone mempunyai pelbagai keluaran di mana setiap satu keluaran baru pasti membuatkan pengikut iPhone ini sanggup memperuntukkan sejumlah wang untuk menjadi pengguna yang terawal. Untungnya memiliki iPhone ini adalah, anda boleh menjual iPhone lama anda pada harga yang masih berbaloi kerana terdapat mereka yang berpendapatan sederhana ini siap sedia mahu membeli iPhone tersebut. Jom kita lihat dahulu kelebihan memiliki sebuah iPhone.

Kelebihan Yang Anda Perolehi Dengan Memiliki Sebuah iPhone

Ramai juga yang mempersoalkan kenapa ada pihak yang sanggup berhabis duit gaji untuk memiliki sebuah iPhone. Tidak kurang juga mereka yang membandingkan iPhone dengan telefon pintar android. Jom ketahui apakah kelebihan yang anda boleh nikmati apabila dapat memiliki sebuah iPhone.

1. Kualiti Gambar iPhone Lebih Jelas

kualiti gambar dari iphone yang cantik

Ada yang memperkatakan Apple mempunyai lebih kurang 800 pekerja yang hanya memfokuskan pada kamera iPhone sahaja. Apple memberi perhatian yang lebih khusus pada kualiti gambar iPhone kerana pengguna hari ini menjadikan kualiti kamera sebagai faktor utama untuk dapatkan sebuah telefon.

2. Sistem Keselamatan Yang Lebih Baik

ciri keselamatan iphone

Sistem keselamatan iPhone lebih terjamin kerana ia lebih rumit sekiranya berlaku kecurian. Setiap keluaran baru iPhone, Apple sentiasa menaik taraf sistem keselamatan iPhone. Ini menjadikan jenama Apple sangat dipercayai dan berbaloi untuk dimiliki.

3. Telefon iPhone Lebih User Friendly

iphone user friendly

Ramai pengguna iPhone menjadi pengikut yang setia kepada Apple kerana sistem iOS iPhone yang lebih mudah dan ringkas berbanding telefon pintar android. Setiap keluaran iPhone adalah mesra pengguna serta mempunyai hak eksklusif bagi mereka yang memilikinya.

4. Sistem Software iPhone Yang Lebih Stabil

dapatkan iphone terbaik

iPhone mempunyai sistem iOS yang sangat ringan dan lebih stabil. Berbanding dengan sistem telefon pintar android di mana anda perlu bergantung kepada kapasiti RAM telefon bagi memuat turun sebarang aplikasi serta penyimpanan data. Sistem iOS ini menjadikan kelebihan Apple berbanding jenama telefon yang lain kerana ia belum mampu ditandingi lagi.

5. Design iPhone Lebih Elegan dan Eksklusif

design iphone terbaik

Sesuai dan berbaloi untuk memiliki sebuah iPhone Apple ini, anda pasti sukakan reka bentuk iPhone yang ringkas dan elegan ini. Anda pula boleh dapatkan aksesori iPhone di mana sahaja kedai aksesori telefon mengikut siri keluaran yang dimiliki.

Buntu Untuk Mencari Pakar Baiki iPhone

nak baiki iphone rosak

Bila dah memiliki sebuah iPhone pasti anda fikirkan cara dan bagaimana untuk perbaiki iPhone sekiranya berlaku sebarang kerosakan. Tambahan pula sekiranya anda tinggal di ibu kota Kuala Lumpur yang pastinya terdapat lambakan servis serta kedai yang menawarkan servis baiki telefon. Namun, perkara yang paling utama perlu dititikberatkan adalah, adakah mereka boleh dipercayai?

kedai ipro ampang repair iphone pantas

Lambakan kedai dan servis baiki iPhone ini pasti membuatkan anda risau sekiranya ditipu dengan kadar bayaran yang tinggi serta kualiti barang yang ditukar ganti. Selain itu, iPhone yang dibaiki itu haruslah dibaiki dalam tempoh yang singkat supaya anda boleh menggunakan iPhone itu seperti biasa.

iPro Ampang Pakar Servis Repair iPhone dan Telefon Pintar

lokasi ipro ampang

Berita baik untuk mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh dapatkan servis repair iPhone sepantas 15 minit hanya daripada iPro Ampang. iPro Ampang beroperasi setiap hari ini mampu berikan servis terbaik serta terpantas bagi menyelesaikan sebarang masalah iPhone anda. Anda tidak perlu menunggu sehingga berbulan lamanya bagi membaiki kerosakan iPhone anda malah pasukan iPro Ampang akan memperbaiki kerosakan dengan pantas seawal tempoh 15 minit sahaja.

repair ipad di ampang

iPro Ampang telah bertapak selama 2 tahun dan melakukan operasi dengan menyediakan servis pembaikan telefon pintar iPhone, Android, dan pelbagai lagi gajet. Pengalaman iPro Ampang menjadikan servis mereka boleh dipercayai dengan memberikan khidmat rundingan percuma kepada para pelanggan. Anda boleh jadikan iPro Ampang sebagai penasihat utama bagi sebarang masalah iPhone anda secara percuma sahaja. Untuk proses pembaikan pula ditawarkan pada harga yang sangat rendah serta hanya menggunakan barang pertukaran original sahaja.

Pelbagai Servis Repair Yang Ditawarkan Oleh iPro Ampang

antara pelanggan ipro ampang

Anda bukan sahaja boleh baiki iPhone dengan iPro Ampang malah iPro Ampang juga mempunyai pakar untuk memperbaiki iPad, Macbook dan iMac. Kualiti barang yang digunakan untuk menggantikan sebarang kerosakan adalah menggunakan barang – barang original sahaja. Ini kerana hanya penggunaan barang original sahaja akan memberikan kualiti terbaik pada kerosakan yang telah berlaku. Antara servis repair yang dilakukan oleh iPro Ampang ini adalah :

iPhone Damaged / Masuk Air

repair iphone water damage murah

iPhone atau apa jua jenis telefon yang terkena air pasti menimbulkan kegusaran pada si pemilik. Sekiranya hanya terkena percikan air itu tidak mengapa kerana air tidak memasuki ke ruang dalam telefon. Namun, sekiranya iPhone anda terendam lama di dalam air segeralah dapatkan servis daripada iPro Ampang bagi memeriksa keadaan dalaman iPhone itu. Tindakan segera akan mengurangkan risiko rosak teruk pada dalaman iPhone anda.

Motherboard Fix

repair motherboard iphone murah

Antara punca kerosakan daripada motherboard adalah masalah skrin pegun, signal lemah, iPhone stuck logo, dan sebagainya. Motherboard memaikan peranan yang penting kerana kerosakan motherboard akan mempengaruhi kerosakan yang lain juga. Namun anda tidak perlu risau kerana pasukan iPro Ampang ini akan memeriksa terlebih dahulu masalah iPhone anda bagi mengenalpasti kerosakan motherboard tersebut.

Software Update

servis update ios latest

Sudah menjadi kebiasaan telefon pintar menjadi hang atau pegun. Ini akan menyukarkan urusan seharian tambah pula urusan berkaitan dengan penggunaan internet. iPro Ampang menyediakan servis untuk kemas kini software bagi melancarkan sistem iOS serta mengenalpasti punca – punca iPhone menjadi pegun atau masalah – masalah yang lain.

Skrin Tiada Display Atau Blank

skrin tiada display iphone

Ada yang pernah mengalami skrin telefon menjadi gelap secara tiba – tiba tanpa menyedari sebarang kerosakan. Ada juga kes skrin iPhone menjadi gelap namun ada bunyi dan masih boleh dihubungi. iPro Ampang boleh membantu anda untuk mengetahui apakah masalah yang menjadikan skrin telefon menjadi gelap secara tiba – tiba ini.

Penggantian Bateri

iphone battery replacement repair

Antara masalah yang melibatkan bateri iPhone adalah bateri kembung atau caj tak masuk. Penggunaan bateri telefon sangat penting dan harus pastikan bateri yang digunakan adalah original. Sekiranya iPhone anda mengalami kerosakan sehingga memerlukan anda menukarkan bateri yang lema kepada yang baru, iPro Ampang akan menggantikan bateri yang original dari Apple. Ia merupakan tindakan yang bijak bagi mengelakkan kes viral seperti letupan yang berpunca daripada bateri telefon tiruan.

Skrin LCD Pecah

tukar skrin iphone retak

Skrin anda boleh dibaiki seawal tempoh hanya 30 minit sekiranya mengalami skrin pecah atau retak. Proses pembaikan pula akan dilakukan dihadapan pelanggan sekiranya pelanggan ingin menunggu memandangkan tempoh masa yang diambil untuk pembaikan adalah singkat. Proses pembaikan secara bersemuka ini dapat mewujudkan kepercayaan pelanggan pada iPro Ampang.

Masalah Home Button

repair home button iphone

Home button merupakan satu – satunya button yang ada pada iPhone. Sekiranya home button anda rosak atau tidak berfungsi, anda boleh dapatkan khidmat rundingan serta pemeriksaan percuma dari iPro Ampang. Fungsi home button ini melibatkan proses pembaikan dalaman dan ia boleh disiapkan seawal tempoh 30 minit sahaja bergantung kepada jenis kerosakan yang dialami oleh iPhone anda.

5 Sebab Kenapa Anda Harus Memilih iPro Ampang

Namun dengan lambakan kedai dan servis yang terdapat di pasaran, pasti anda mahu ketahui apakah kelebihan atau manfaat yang diperolehi sekiranya menggunakan perkhidmatan iPro Ampang ini. Dengan harga sebuah iPhone yang berharga ribuan ringgit, pasti kualiti servis yang menjadi keutamaan. Jom kita lihat kenapa anda perlu memilih iPro Ampang.

#1 Waranti Di Beri Selama Tempoh 180 Hari Selepai Dibaiki

servis dengan waranti 6 bulan

Sudah beratus iPhone dan semua gajet yang berjenama Apple ini telah dibaiki oleh iPro Ampang kerana setiap servis mendapat tempoh waranti selama 180 hari berbanding kebanyakan servis lain hanya menawarkan tempoh waranti cuma 90 hari sahaja. Walaupun pelanggan diberi tempoh 180 hari waranti namun setelah dibaiki, kerosakan tersebut tidak lagi berulang. Sememangnya berbaloi sekiranya anda baiki iPhone anda dengan iPro Ampang ini.

#2 Pasukan iPro Terdiri Daripada Pakar Yang Berpengalaman

teknician pakar dalam iphone

Untuk memperbaiki kerosakan iPhone ini sangat memerlukan kepakaran serta pengalaman bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang lain pula nanti. Setimpal dengan bayaran yang dikeluarkan, pasti anda mahukan mereka yang pakar untuk mengetahui masalah iPhone anda bukan pula iPhone anda dijadikan bahan ujikaji pula nanti. Setiap kerosakan atau masalah iPhone mempunyai cara dan prosedur baiki yang berbeza. Ini anda dapat lihat hasil yang anda perolehi nanti.

#3 Membaiki iPhone Sepantas 15 Minit Sahaja

baiki iphone sepantas 15 minit

Anda pasti inginkan kerosakan telefon dibaiki dalam tempoh masa yang singkat kerana mahu urusan seharian berjalan seperti biasa. Tanpa sebuah telefon, pasti sukar untuk dihubungi malah urusan kerja juga boleh tertangguh. Dengan kepakaran iPro Ampang, telefon anda pasti dibaiki dalam tempoh yang singkat seawal 15 minit sahaja bergantung kepada jenis kerosakan iPhone anda. Mereka dapat menyiapkan dalam tempoh yang singkat kerana pasukan iPro Ampang terdiri daripada mereka yang berpengalaman serta pakar dalam membaiki iPhone serta segala jenis telefon pintar Android.

#4 iPro Ampang Menawarkan Kualiti Servis Setanding dengan Kualiti Barang Yang Dibaiki

kualiti terbaik

Setiap kerosakan yang dibaiki akan dilakukan dengan cermat dan teliti agar iPhone anda masih terjaga walaupun mengalami kerosakan. iPro Ampang akan menggantikan barang yang rosak dengan barang yang original dan berkualiti. Oleh yang demikian, setelah kerosakan dibaiki, ia tidak akan berulang lagi. i Pro Ampang tidak menggantikan barang yang rosak dengan barang yang terpakai serta barang yang rendah kualitinya. Kepuasan pengguna adalah keutamaan iPro Ampang apabila barang yang diganti juga asli dan berkualiti.

#5 Servis Dilakukan di Hadapan Pelanggan iPro Ampang

servis iphone face2face

iPro Ampang merupakan pakar baiki telefon yang boleh dipercayai kerana pasukan iPro Ampang akan membaiki kerosakan minor dihadapan pelanggan. Ini membolehkan anda sendiri melihat bagaimana cara mereka bekerja dan membaiki telefon anda. Oleh yang demikian, ramai pengguna iPhone suka dapatkan servis daripada iPro Ampang untuk sebarang kerosakan iPhone, telefon android dan juga gajet lain. Mereka sangat berpuas hati servis yang dilakukan di hadapan pelanggan ini. Ini dapat mengelakkan berlakunya agenda tersembunyi yang membuatkan telefon anda akan rosak lagi dan lagi.

Harga Servis iPro Ampang Serendah RM 50 Sahaja

harga repair iphone murah

Anda pasti mahukan servis yang murah, cepat dan berkualiti. Semua ciri tersebut anda boleh dapatkan hanya di iPro Ampang. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM 50 sahaja sehingga RM 1000. Harga adalah berdasarkan jenis kerosakan yang telefon anda alami serta pertukaran barang yang perlu dilakukan. Walaupun murah, telefon yang dibaiki adalah menggunakan barang – barang yang berkualiti serta original. Barang yang ditukar bukan terdiri daripada barang terpakai atau tiruan kerana penggunaan barang tiruan dan terpakai ini akan menjadikan telefon anda akan mengulangi kerosakan yang sama pada masa yang lain. Malah, penggunaan barang tiruan juga mampu mengakibatkan kerosakan dalaman telefon itu sendiri.

iPro Ampang Menawarkan Servis Jualan iPhone

servis jual iphone murah

Selain daripada servis membaiki iPhone, iPro Ampang juga menawarkan servis jualan iPhone terpakai untuk anda yang ingin memiliki iPhone pada harga yang lebih rendah daripada iPhone yang baru. Memandangkan iPro Ampang merupakan pusat servis iPhone yang berkualiti maka setiap iPhone terpakai yang dijual juga mempunyai kualiti yang tinggi berbanding penjual yang ada di pasaran. iPro Ampang mengekalkan konsep menjual barang – barang original walaupun iPhone tersebut adalah barang terpakai namun, kualiti serta barang adalah original bukan iPhone yang palsu.

Nikmati Servis Pemeriksaan Telefon Percuma Hanya Daripada iPro Ampang

pemeriksaan iphone percuma

iPro Ampang menjadi kegemaran para pengguna iPhone kerana mereka menawarkan servis pemeriksaan percuma bagi setiap masalah telefon yang dikemukakan oleh pelanggan. Ini kerana setelah mengetahui masalah sebenar iPhone, pelanggan berhak untuk teruskan proses pembaikan atau menunggu bajet untuk memulakan proses tersebut. Namun menariknya, dengan memeriksa telefon iPhone anda, anda dapat mengetahui masalah tanpa sebarang caj bayaran yang dikenakan.

Ramai Yang Berpuas Hati Dengan Servis iPro Ampang

Para pengguna iPhone bukan sahaja menjadikan iPro Ampang sebagai penasihat segala masalah iPhone, malah mereka juga mencadangkan iPro Ampang kepada teman – teman mereka juga. Oleh yang demikian, ramai pelanggan yang sama akan datang ke iPro Ampang bagi mendapat khidmat rundingan percuma serta urusan pembelian iPhone baru atau lama. Rasa kepercayaan pelanggan itu diperolehi daripada kualiti servis yang diberikan oleh pasukan iPro Ampang itu sendiri.

testimoni repair iphone pantas

testimoni repair iphone pantas

testimoni repair iphone pantas

testimoni repair iphone pantas

Jom Repair iPhone Murah dan Berkualiti Dengan iPro Ampang

Anda merupakan seorang pengguna yang bijak sekiranya anda memilih iPro Ampang sebagai rujukan utama sekiranya iPhone anda mengalami sebarang kerosakan. Anda bukan sahaja boleh menikmati khidmat nasihat dan rundingan percuma malah, anda juga boleh memeriksa keadaan iPhone anda dengan percuma juga. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi info di bawah.

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

 

Pin It on Pinterest