Salam sejahtera kepada semua pembaca! Pada hari ini saya ingin berkongsikan sedikit tentang masalah paparan telefon yang dihadapi oleh salah seorang pelanggan kami.
NADIA FARHANA ; IPHONE 6 ; MASALAH SKRIN TELEFON BELIAU TIDAK MENGELUARKAN PAPARAN
SERVIS DI IPRO AMPANG
Nadia Farhana datang ke IPRO Ampang dengan masalah iPhone 6 beliau tidak mengeluarkan apa-apa paparan. Beliau disambut mesra oleh salah seorang juruteknik kami bernama Mahzuz, yang mempelawa beliau untuk duduk berhadapan dengannya sebelum mendengar perkongsian masalah yang dihadapi beliau.
Nadia Farhana memberikan telefon itu kepada Mahzuz untuk dibuat pengujian supaya masalah itu dapat dikenalpasti. Perkara yang pertama yang dilakukan oleh juruteknik kami adalah menyemak arus pengecasan yang masuk ke dalam telefon itu untuk memastikan arus yang masuk adalah normal.
Seterusnya, juruteknik kami mengambil LCD yang baharu untuk disambungkan ke telefon itu untuk menguji sama ada paparan dapat dihasilkan atau pun tidak. Namun begitu, LCD yang baharu itu juga tidak mengeluarkan apa-apa paparan dan ini bermaksud bahawa kerosakan ini bukanlah berpunca daripada peranti LCD.
Juruteknik kami menerangkan tentang salah satu cip yang berada pada motherboard yang berhubung kait dengan masalah paparan atau fungsi sentuhan iaitu Display IC. Nadia Farhana menanyakan tentang punca yang boleh mengakibatkan kerosakan pada Display IC itu dan juruteknik kami memaklumkan bahawa kekerapan telefon itu jatuh dan pengecasan yang berlebihan merupakan faktor masalah ini berlaku.
Pembaikan melibatkan motherboard di IPRO Ampang mengambil masa 2-3 hari tetapi juruteknik motherboard kami mengambil masa 2-3 hari hanya untuk mengesahkan kerosakan cip yang rosak itu terlebih dahulu. Selepas perbincangan dibuat oleh kedua-kedua pihak juruteknik, Nadia Farhana mengambil keputusan untuk meninggalkan telefon beliau untuk pengujian yang lebih lanjut dan bersetuju untuk membuat pembaikan.
Lima hari berlalu dan telefon Nadia Farhana dapat digunakan kembali seperti biasa. Beliau berpuas hati atas servis pembaikan yang dilakukan oleh pihak IPRO Ampang yang memberi informasi seperti pengesahan kerosakan pada motherboard serta harga yang dikenakan untuk pembaikan itu terlebih dahulu sebelum proses pembaikan dilakukan.
Nadia Farhana mengucapkan terima kasih kepada juruteknik IPRO Ampang sebelum beliau membuat pembayaran. Terima kasih Nadia Farhana kerana mempercayai kami dan memilih IPRO Ampang sebagai pusat pembaikan telefon anda!
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur
Bagi perhatian anda semua, sepanjang bulan Ramadhan kami akan beroperasi pada masa seperti berikut:-
SABTU – KHAMIS = 9:00 AM hingga 5:30 PM
JUMAAT = 9:00 AM hingga 12:30 pm // 2:30 PM hingga 5:30 PM
(rehat 12:30 – 2:30)
Recent Comments