APAKAH KEROSAKAN YANG MELIBATKAN MOTHERBOARD?

 

Salam sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam ✨

 

Harini kami ingin berkongsi sedikit info dan masalah yang berkaitan dengan motherboard, masalah motherboard atau logic board ini bukan sesuatu yang asing

 

Masalah berkaitan motherboard dikategorikan sebagai masalah yang berat dimana proses pembaikkan mengambil masa yang agak panjang dan masalah ini agak berisiko dan dikendalikan oleh juruteknik yang mahir dan berpengalaman sahaja

 

Masalah motherboard ini boleh berlaku atas pelbagai faktor yang tanpa disedari oleh pengguna, masalah ini boleh berlaku kepada mana-mana alat elektronik, dalam konteks gadjet atau telefon pintar ia kerap kali berlaku

 

Masalah ini boleh berpunca disebabkan aliran kuasa yang tinggi atau aliran kuasa yang lama adalah menjadi antara penyebab berlakunya masalah motherboard. Aliran kuasa yang tidak stabil boleh menyebabkan motherboard rosak kerana setiap motherboard mempunyai had penerimaan kuasa yang telah di setkan dan apabila aliran kuasa melebihi had yang boleh diterima oleh motherboard, ini akan menyebabkan kerosakan motherboard.

 

Kebanyakan pengguna tidak mengambil berat berkaitan isu ini, disini ingin kami menasihati untuk pengguna telefon diluar sana menggunakan ‘adapter’ atau lebih dikenali sebagai kepala charger oleh kebanyakan orang untuk menggunakan adapter yang original dan yang dikhaskan untuk model anda sahaja

 

Ini kerana tidak semua model telefon menggunakan adapter yang mempunyai kadar aliran kuasa yang sama kerana terdapat adapter yang mempunyai pengecasan pantas dan ada yang tidak mempunyai pengecasan pantas

 

Jadi nasihat kami disini untuk anda menggunakan adapter yang dikhaskan untuk model telefon anda bagi mengelakkan masalah atau tragedi yang tak diingini

 

Seperti gambar dibawah ini, pelanggan kami yang datang kepada kami dengan masalah iphone 7 plus beliau tidak berfungsi lansung dan setelah proses diagnosis asas juga tidak dapat mengenal pasti masalah, lalu kami menasihati untuk melakukan proses diagnosis keseluruhan dan keputusan hasil dari diagnosis mengenal pasti masalah dengan motherboard

 

 

 

Terdapat beberapa IC dan kapasitor yang telah terbakar dan tidak berfungsi dan perlu digantikan untuk membolehkan iphone 7 plus ini berfungsi semula, atas persetujuaan proses pembaikan dibuat dan selama 4 hari masa diambil untuk membaik pulih iphone ini

 

Jika anda mempunyai masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh anda klik link dibawah

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

 

Bagi perhatian anda semua, sepanjang bulan Ramadhan kami akan beroperasi dari

9:00AM hingga 5:30PM

Pin It on Pinterest