Salam sejahtera kepada semua pembaca! Pada artikel hari ini saya ingin menceritakan sebuah kejadian yang berlaku di Korea Selatan yang melibatkan model keluaran Samsung yang baru iaitu Samsung Galaxy S10 5G.

 

Seorang pemuda yang bernama Lee melaporkan kepada media bahawa telefon Samsung Galaxy S10 5G beliau terbakar. Kejadian ini berlaku di rumah beliau sendiri tanpa mengetahui punca telefon itu terbakar. Beliau menjelaskan lagi pada masa kejadian itu dimana telefon beliau terletak di atas meja dan secara tiba-tiba beliau terhidu bau seperti sesuatu sedang terbakar dan beliau melihat terdapat kepulan asal yang dihasilkan daripada telefon beliau itu.

 

Tanpa melengahkan masa, beliau terus mengambil telefon itu dah terus melemparnya ke lantai bagi mengelakkan situasi yang lebih teruk berlaku. Beberapa tahun yang lepas Samsung pernah mengalami isu seperti ini, dimana telefon Samsung Galaxy Note 7 seorang penumpang kapal terbang meletup, yang berpunca daripada bateri yang bermasalah. Samsung Galaxy S10 5G ini telah dikeluarkan pada 5 April 2019 dimana ianya menjadi tumpuan ramai.

 

 

Ini kerana teknologi 5G adalah rangkaian yang terpantas yang boleh anda alami pada zaman teknologi yang berkembang pesat ini. Ini adalah satu kejadian yang membuka mata kepada Samsung untuk meneliti sesebuah peranti keluaran yang baharu sebelum dikeluarkan ke pasaran. Kejadian seperti ini amatlah merbahaya, boleh merisikokan keselamatan pengguna dan juga menjatuhkan prestasi pihak Samsung.

Pin It on Pinterest