TELEFON PINTAR YANG TERBARU KELUARAN SAMSUNG

 

Get RM20 Discount!

Get DISCOUNT by
SCREENSHOT THIS and SHOW IT TO US!

Get the discount Now! Will be close anytime from now.

Sudah pasti anda ada mendengar tentang Samsung Fold yang menjadi topik hangat bagi penggemar gadget di seluruh dunia. Jadi, pada hari ini saya ingin berkongsikan atau menyuarakan pendapat saya tentang model Samsung yang terbaru iaitu Samsung Fold. Ini adalah keluaran yang pertama bagi Samsung untuk melancarkan sebuah gadget yang boleh dilipat dua. Untuk memulakan artikel saya pada hari ini, mari kita lihat apakah kelebihan yang ada pada telefon ini. Pada pendapat saya, ini adalah langkah yang hebat daripada Samsung untuk memperkenalkan telefon yang berupaya untuk dilipat dua yang mewakili syarikat mereka.

 

 

APAKAH KELEBIHAN SAMSUNG FOLD INI?

 

Jadi apakah sebenarnya kelebihan yang terkandung pada Samsung Fold ini? Sebelum saya membuat penyelidikan yang lebih mendalam tentang model ini, apa yang saya boleh jangka adalah Samsung Fold ini menyediakan paparan yang lebih luas, kapasiti bateri yang paling banyak berbanding model-model telefon Samsung yang lain, dan mungkin memudahkan anda untuk membawa sebuah peranti yang besar seperti ini untuk dibawa kemana-mana atas keupayaannya untuk dilipat dua. Terdapat dua paparan skrin yang ada pada Samsung Fold ini. Sekiranya anda melipat telefon ini kepada dua, anda akan dapat paparan skrin Super AMOLED yang berukuran 4.6 inci (1960 x 840 resolusi). Ini kerana terdapat bingkai yang menutupi bahagian atas dan bawah skrin, seperti dalama gambar dibawah.

 

 

PAPARAN SKRIN YANG ADA PADA SAMSUNG FOLD

 

Apa yang mendapat perhatian ramai berkenaan telefon ini adalah apabila anda membuka telefon itu untuk paparan yang lebar, ianya mempamerkan paparan skrin QXGA+ Dynamic AMOLED berukuran 7.3 inci (2512 x 1536 resolusi). Terdapat juga lapisan diperbuat daripada polimer yaang sifatnya adalah fleksibel atau lebih dikenali sebagai “Infinity Flex Display” oleh Samsung, ditambah pada skrin telefon ini yang membolehkan telefon ini untuk dilipat dua.

Polimer ini juga dapat mengurangkan silau daripada chaya yang terkena pada skrin dan ianya menghasilkan paparan seakan-akan ianya dilamina. Samsung telah mengeluarkan satu video yang dimana mereka menguji ketahanan dan keupayaan Samsung Fold untuk dilipat dua lebih kurang 200,000 kali dan engselnya yang membolehkan perkara ini untuk dilakukan. Namun begitu, ianya menjadi persoalan jika dapat dilihat ataupun tidak kesan lipatan selepas dilipat dua.

 

CIRI LAIN YANG TERDAPAT PADA SAMSUNG FOLD

 

Sebagai contoh, sekiranya anda melipat sehelai kertas dan kemudian membuka semula lipatan itu, terdapat kesan lipatan yang dapat dilihat. Jawapannya adalah ya, tetapi tidaklah begitu jelas dan hanyalah dapat dilihat sekiranya anda tengok dengan teliti. Anda boleh melihat sedikit kesan lipatan pada bahagian tengah yang membahagikan skrin telefon itu. Saya ingin berkongsikan sedikit tentang ciri dan keunikan yang terdapat pada Samsung Fold ini.

Di engsel telefon tersebut, tidak ada sebarang butang pun yang terdapat di situ dan engsel itu tidak akan kelihatan dan tidak mengganggu seperti bonjolan pada belakang telefon itu apabila anda membuka telefon itu secara lebar. Keluaran Samsung Fold ini tidak mengandungi ciri in-display fingerprint seperti S10 tetapi ciri untuk mengakses telefon menggunakan pengenalan muka atau “face unlock” boleh didapati pada model ini.

 

 

Untuk pengetahuan anda, Samsung Fold tidak menyediakan sebarang earphone jack dan anda hanyalah boleh menggunakan headphone yang mempunyai sambungan Bluetooth atau tanpa wayar. Tambahan pula, Samsung Fold ini juga tidak mempunyai ciri kalis air. Telefon ini menggunakan software Android 9.0 Pie dimana ianya adalah software yang terkini yang diperkenalkan oleh Android, sama seperti S10.

Antara kelebihan Samsung Fold ini adalah dimana Samsung dan Google berganding bahu untuk memperkenalkan App Continuity yang diimplementasikan pada telefon ini, dimana apa jua aplikasi yang anda guna dalam paparan 4.6 inci, tidak akan mendapat gangguan jika anda menukar ke paparan 7.3 inci, dan masih dalam aplikasi yang sama. Anda boleh mengubah tetapan di Settings jika anda tidak mahu mengaktifkan ciri ini.

 

 

Selain itu, Samsung Fold membolehkan anda untuk membuka dua aplikasi pada masa yang sama, malah tiga aplikasi! Tetapi ianya lebih disarankan untuk membuka dua aplikasi sahaja kerana dengan membuka tiga aplikasi, paparan untuk aplikasi tersebut mungkin sedikit kecil kerana ianya dikompakkan dalam satu skrin pada masa yang sama. Dengan membuka dua aplikasi pada masa yang sama adalah seolah-olah anda menggunakan dua biji telefon bersebelahan, tetapi bagi sesetnagh aplikasi sahaja seperti Whatsapp, Google, Microsoft dan sebagainya. Ini kerana ianya perlulah mendapat sokongan daripada aplikasi-aplikasi yang lain uuntuk diserasikan dalam penggunaan Samsung Fold.

 

Loading...
Facebook Messenger for Wordpress

Pin It on Pinterest