Salam sejahtera kepada semua pembaca! Pada hari ini saya ingin berkongsikan sedikit tentang pelanggan kami yang membuat penukaran LCD iPhone 8 di IPRO Ampang.

 

PUAN RAHAYU ; IPHONE 8 ; LCD IPHONE RETAK DAN PAPARAN YANG TIDAK JELAS AKIBAT IMPAK JATUHAN

 

Penukaran LCD iPhone 8

 

SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

 

Puan Rahayu datang ke IPRO Ampang dengan membawa dua buah gadget yang memerlukan pembaikan. Beliau disambut mesra oleh salah seorang juruteknik kami yang bernama Arif, mempelawa Puan Rahayu untuk duduk berhadapan dengannya. Pertama sekali beliau memberikan iPad 5 kepada Arif dimana skrin iPad tersebut didapati retak pada bahagian atas skrin. Beliau menerangkan lagi bahawa iPad itu telah jatuh beberapa kali, dan kebanyakan masa digunakan oleh anak-anaknya.

 

Dengan senyuman yang terukir dibibirnya, Puan Rahayu menceritakan bahawa anak-anaknya sering berebut untuk bermain dengan iPad itu sehingga ianya terjatuh. Setelah Arif meneliti iPad 5 Puan Rahayu untuk seketika waktu, Arif mendapati bahawa hanya penukaran Touch Panel sahaja yang harus dilakukan. Ini kerana LCD iPad 5 Puan Rahayu masih lagi dalam keadaan yang baik dan tidak ada masalah berkaitan dengan paparan.

 

Selepas berkongsi maklumat daripada kedua-dua pihak tentang kos pembaikan dan juga tempoh masa untuk penukaran, Puan Rahayu bersetuju untuk meninggalkan iPad yang mengambil masa 2-3 jam sahaja untuk penukaran Touch Panel, tetapi iPad beliau tidak dapat disiapkan dengan segera oleh kerana terdapat beberapa buah iPad lagi yang hendak dibaiki.

 

Puan Rahayu memberikan telefon iPhone 8 kepada Arif untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh telefon itu. Puan Rahayu menerangkan bahawa telefon beliau jatuh yang menyebabkan keretakan pada skrin iPhone 8 tersebut. Beliau juga menambah bahawa masalah sentuhan dan paparan skrin juga berlaku kadang kala. Masalah paparan yang dimaksudkan oleh beliau adalah paparan skrin bergegar dan menunjukkan bayangan seakan-akan ada refleksi pada aplikasi-aplikasi pada menu utama beliau.

 

Selepas juruteknik kami, Arif, mengenalpasti masalah tersebut adalah disebabkan oleh LCD yang rosak, Arif kemudiannya terus memaklumkan kepada Puan Rahayu dimana beliau perlu membuat penukaran LCD yang baru. Selepas perbincangan jenis LCD dan harga dilakukan, Arif membuat pengujian terlebih dahulu pada LCD yang baru itu sebelum memasangkannya pada iPhone 8 Puan Rahayu. Pengujian terhadap sensitiviti sentuhan, pencahayaan, kepekatan warna dan ketajaman paparan skrin diuji dengan penuh ketelitian.

 

Setelah selesai membuat pengujian, Arif membuat penukaran LCD Puan Rahayu itu yang mengambil masa selama 35 minit. Pengujian buat kali kedua juga dilakukan oleh Arif untuk memastikan peranti seperti riben kamera & sensor dan ear speaker dipindahkan ke LCD yang baru itu berfungsi dengan baik. Setelah berpuas hati dengan pengujian yang dibuat, Arif memasangkan tempered glass kepada Puan Rahayu secara percuma sahaja! Puan Rahayu mengucapkan terima kasih kepada Arif sebelum pergi ke kaunter pembayaran. Terima kasih kerana memilih kami sebagai pusat servis pembaikan telefon anda, Puan Rahayu!

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

 

Bagi perhatian anda semua, sepanjang bulan Ramadhan kami akan beroperasi pada masa seperti berikut:-

SABTU – KHAMIS = 9:00 AM hingga 5:30 PM

JUMAAT = 9:00 AM hingga 12:30 pm // 2:30 PM hingga 5:30 PM

                   (rehat 12:30 – 2:30)

Pin It on Pinterest