Tag: meletup

  • Kejadian Yang Tragik pada 4 Februari 2019

    Kejadian Yang Tragik pada 4 Februari 2019

    TELEFON PINTAR MELETUP SEMASA PENGECASAN

     

    Baru-baru ini terdapat satu kejadian yang ngeri berlaku dimana telefon pintar seorang seorang kakitangan pejabat telah meletup semasa beliau sedang membuat panggilan telefon. Kejadian ini berlaku di Pekanbaru, Indonesia pada hari Isnin, 4 Februari 2019. Ini merupakan perkara yang sangat ditakuti oleh pengguna telefon pintar, kerana kemalangan tidak berbau dan boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja tanpa kita duga. Terdapat rakaman CCTV yang menunjukkan kejadian yang berlaku pada masa itu.

     

     

    RAKAMAN DI TEMPAT KEJADIAN

     

    Dalam rakaman tersebut, kita dapat lihat bahawa beliau sedang membuat pengecasan telefon dan selang beberapa minit kemudian, beliau menerima panggilan telefon lalu beliau menjawab panggilan tersebut. Tidak lama selepas itu, telefon pintar beliau meletup lalu terpelanting dari pegangan beliau, jatuh ke lantai dan kelihatan juga percikan api yang terhasil daripada letupan itu, lalu terkena bahagian muka mangsa. Serpihan bahagian telefon juga dapat dilihat bertaburan di atas lantai akibat letupan tersebut. Mangsa langsung bangun dari kerusi sambil menerkap mukanya dengan tapak tangannya dan bergegas menjauhkan diri dari tempat duduknya. Kelihatan pekerja-pekerja pejabat itu mengerumuni tempat kejadian dan salah seorang kakitangan pejabat itu memijak telefon mangsa yang sudah mula terbakar. Mangsa langsung memeluk salah seorang rakan sekerjanya, kemungkinan kerana beliau mengalami kesakitan yang melampau pada ketika itu. Tidak lama kemudian mangsa pengsan, rebah ke lantai dan tidak menyedarkan diri sebelum pekerja pejabat itu kelihatan untuk mengangkat mangsa untuk dibawa ke Hospital Awal Bros.

    Terdapat gambar mangsa yang dimuatnaik di sebuah akaun laman sosial Instagram, muka mangsa telah dijahit pada bahagian kening, hidung dan sebahagian mulut beliau. Rintihan mangsa yang diceritakan di laman Instagram itu amatlah menyedihkan dan mendukacitakan. Pihak IPRO Ampang berasa simpati terhadap kejadian yang menimpa mangsa. Kejadian seperti ini jarang sekali berlaku kepada seseorang. Berdasarkan pembacaan saya, Arus elektrik yang melebihi 200mA (0.2A) boleh membawa maut sekiranya melalui jantung. Adapter yang tidak dibumikan akan menyebabkan arus untuk mengalir melalui badan anda, semasa membuat panggilan telefon. Terdapat beberapa kes yang berkaitan dengan telefon pintar ini. Salah satunya adalah kejadian yang berlaku pada bulan Jun 2014, seorang wanita disahkan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik disebabkan beliau menggunakan telefon sejurus selepas mandi dan dalam keadaan yang basah.

     

     

    PESANAN KEPADA SEMUA PENGGUNA TELEFON PINTAR

     

    Namun begitu, kita haruslah mengambil iktibar daripada kejadian ini agar sentiasa menyemak status keadaan telefon supaya ianya berada dalam keadaan yang baik. Kejadian yang membuka mata ini sebenarnya berpunca daripada bahagian telefon anda yang rosak seperti bateri, dimana keadaan bateri yang sudah lama dan memerlukan penukaran atau penggunaan aksesori telefon yang bukan Original. Anda dinasihatkan untuk tidak membuat pengecasan lebih masa agar telefon anda tidak terlalu panas yang boleh membahayakan pengguna. Jangan sesekali untuk mengecas telefon anda sekiranya ianya basah, kerana ianya boleh merosakkan litar di dalam telefon anda. Selain itu, arus elektrik boleh mengalir pada telefon yang basah dan boleh menjadi punca sesebuah telefon itu meletup. Bateri yang rosak atau kembung hendaklah ditukar dengan serta-merta bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Elakkan letak telefon anda berdekatan dengan peralatan yang panas atau memancarkan radiasi seperti oven, dapur masak, dan juga dibawah sinaran matahari terlalu lama. Terdapat juga satu alternatif bagi pengguna model Phone 6 sehingga 7 Plus, dimana anda boleh menukar ke bateri Yoobao dengan kapasiti yang ditambah. Dengan penambahan kapasiti ini, telefon anda boleh tahan lebih lama dan tidak memerlukan pengecasan setiap masa! Sekali lagi saya ingin menekankan di sini supaya pengguna telefon hendaklah menggunakan aksesori telefon yang Original dan bukanlah produk yang murah dimana tidak terjamin tahap kualiti dan ketahanannya.

     

  • Patutkah Anda Risau iPhone Anda Akan Meletup?

    Patutkah Anda Risau iPhone Anda Akan Meletup?

    Patutkah anda risau iPhone anda akan meletup?

    Sudah pasti anda akan risau sekiranya iPhone anda akan meletup! Ini kerana iPhone akan berada dalam pegangan kita di setiap masa; di dalam kocek seluar ataupun di tangan kita. Ini adalah situasi yang paling kita geruni jika ianya berlaku. Namun begitu, kita haruslah mengambil tahu sedikit sebanyak tentang iPhone terlebih dahulu. Saya yakin tidak ada seorang pun yang menginginkan kemalanganyang tragik seperti iPhone meletup ini berlaku. Berbalik kepada topik kita hari ini, perlukah kita risau tentang perkara ini? Jawapannya adalah tidak sama sekali!

    Apakah sebenarnya yang berlaku pada Samsung Galaxy Note 7

    Mungkin anda pernah dengar tentang kejadian berkaitan dengan Samsung Galazy Note 7. Kejadian ini berlaku pada tahun 2017, dan ini mengakibatkan semua model tersebut dipulangkan ke pihak Samsung bagi tujuan pembaikan semula. Disebabkan oleh kes ini, terdapat larangan untuk membawa model telefon itu menaiki pesawat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Walaupun pihak Samsung telah membuat pembaikan ke atas telefon ini, namun ianya masih juga dilarang untuk bawa menaiki pesawat sama sekali. Tetapi apakah faktor yang membuatkan telefon ini meletup?

    Pembakaran tidak akan berlaku secara tiba-tiba melainkan ianya berpunca daripada sesuatu perkara itu. Puncanya adalah daripadad bateri telefon itu sendiri dimana berlakunya litar pintas yang memulakan kebakaran dan mengakibatkan letusan kecil dan memulakan kebakaran. Sebab utama boleh berlakunya kebakaran kepada sesebuah telefon adalah berpunca daripada bateri. Untuk pengetahuan anda bateri Lithium Ion mempunyai kopmposit yang mudah terbakar, bergantung kepada keadaan iaitu sekiranya terdapat kebocoran pada bateri tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan letupan itu bukanlah letupan yang besar dan menakutkan, ianya hanyalah disebabkan litar pintas yang membuat komponen-komponen litar itu terbakar.

     

    Pernahkah berlakunya sesebuah iPhone itu meletup?

    Terdapat beberapa laporan mengatakan iPhone pernah meletup dan punca utamanya adalah daripada bateri. Perkara ini secara nisbahnya sangat lah sedikit. Ini kerana kita tidak mendengar apa-apa maklumat lanjut berkenaan dengan isu ini. Untuk pengetahuan anda, pihak Apple telah pun mengeluarkan hampir 1 juta iPhone dan tidak ada sebarang isu berkaitan dengan masalah ini. Saya ingin menggunakan metafora bagi kes ini untuk kefahaman semua. Sebagai contoh, kemungkinan untuk anda disambar kilat pada satu tahun itu amatlah sedikit, begitulah sekiranya kita mengkaitkan dengan isu ini.

     

    Punca-punca berlakunya telefon pintar meletup

    Terdapat beberapa sebab-sebab berlakunya sesebuah telefon itu meletup. Salah satunya adalah daripada hardware. Kebanyakannya adalah disebabkan oleh bateri. Bateri yang rosak adalah punca untuk berlakunya isu ini. Selain itu, iPhone anda tidak sepatutnya berada pada tahap kepanasan  45 darjah Celcius. Sekiranya iPhone anda terdedah pada kepanasan yang melampau, ini mengakibatkan iPhone anda mengalami kerosakan dalaman yang secara tidak langsungnya mengakibatkan kebakaran. Anda juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan casing yang mengelakkan peredaran udara jika iPhone itu panas. Penggunaan aksesori yang bukan original juga memainkan perasan dalam hal ini dan anda sangatlah digalakkan untuk menggunakan produk yang original daripada Apple untuk keselamatan diri dan iPhone anda.

     

    Tanda-tanda bateri anda mempunyai masalah dan memerlukan penukaran

    Antara tanda-tanda bateri anda mempunyai masalah dan memerlukan penukaran adalah sekiranya bateri anda kembung. Ini dapat dilihat dengan jelas kerana bateri kembung akan membuatkan LCD anda terangkat sedikit daripada housing iPhone anda. Selain daripada itu, anda mungkin ingin menghantar iPhone anda ke pusat servis sekiranya iPhone anda berasa panas dan tidak surut dalam jangka masa yang panjang. Anda tidak seharus mengecas IPhone anda sekiranya bateri itu kembung untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Anda dinasihatkan supaya membawa iPhone anda ke pusat pembaikan secepat mungkin.