TELEFON PINTAR MELETUP SEMASA PENGECASAN

 

Get RM20 Discount!

Get DISCOUNT by
SCREENSHOT THIS and SHOW IT TO US!

Get the discount Now! Will be close anytime from now.

Baru-baru ini terdapat satu kejadian yang ngeri berlaku dimana telefon pintar seorang seorang kakitangan pejabat telah meletup semasa beliau sedang membuat panggilan telefon. Kejadian ini berlaku di Pekanbaru, Indonesia pada hari Isnin, 4 Februari 2019. Ini merupakan perkara yang sangat ditakuti oleh pengguna telefon pintar, kerana kemalangan tidak berbau dan boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja tanpa kita duga. Terdapat rakaman CCTV yang menunjukkan kejadian yang berlaku pada masa itu.

 

 

RAKAMAN DI TEMPAT KEJADIAN

 

Dalam rakaman tersebut, kita dapat lihat bahawa beliau sedang membuat pengecasan telefon dan selang beberapa minit kemudian, beliau menerima panggilan telefon lalu beliau menjawab panggilan tersebut. Tidak lama selepas itu, telefon pintar beliau meletup lalu terpelanting dari pegangan beliau, jatuh ke lantai dan kelihatan juga percikan api yang terhasil daripada letupan itu, lalu terkena bahagian muka mangsa. Serpihan bahagian telefon juga dapat dilihat bertaburan di atas lantai akibat letupan tersebut. Mangsa langsung bangun dari kerusi sambil menerkap mukanya dengan tapak tangannya dan bergegas menjauhkan diri dari tempat duduknya. Kelihatan pekerja-pekerja pejabat itu mengerumuni tempat kejadian dan salah seorang kakitangan pejabat itu memijak telefon mangsa yang sudah mula terbakar. Mangsa langsung memeluk salah seorang rakan sekerjanya, kemungkinan kerana beliau mengalami kesakitan yang melampau pada ketika itu. Tidak lama kemudian mangsa pengsan, rebah ke lantai dan tidak menyedarkan diri sebelum pekerja pejabat itu kelihatan untuk mengangkat mangsa untuk dibawa ke Hospital Awal Bros.

Terdapat gambar mangsa yang dimuatnaik di sebuah akaun laman sosial Instagram, muka mangsa telah dijahit pada bahagian kening, hidung dan sebahagian mulut beliau. Rintihan mangsa yang diceritakan di laman Instagram itu amatlah menyedihkan dan mendukacitakan. Pihak IPRO Ampang berasa simpati terhadap kejadian yang menimpa mangsa. Kejadian seperti ini jarang sekali berlaku kepada seseorang. Berdasarkan pembacaan saya, Arus elektrik yang melebihi 200mA (0.2A) boleh membawa maut sekiranya melalui jantung. Adapter yang tidak dibumikan akan menyebabkan arus untuk mengalir melalui badan anda, semasa membuat panggilan telefon. Terdapat beberapa kes yang berkaitan dengan telefon pintar ini. Salah satunya adalah kejadian yang berlaku pada bulan Jun 2014, seorang wanita disahkan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik disebabkan beliau menggunakan telefon sejurus selepas mandi dan dalam keadaan yang basah.

 

 

PESANAN KEPADA SEMUA PENGGUNA TELEFON PINTAR

 

Namun begitu, kita haruslah mengambil iktibar daripada kejadian ini agar sentiasa menyemak status keadaan telefon supaya ianya berada dalam keadaan yang baik. Kejadian yang membuka mata ini sebenarnya berpunca daripada bahagian telefon anda yang rosak seperti bateri, dimana keadaan bateri yang sudah lama dan memerlukan penukaran atau penggunaan aksesori telefon yang bukan Original. Anda dinasihatkan untuk tidak membuat pengecasan lebih masa agar telefon anda tidak terlalu panas yang boleh membahayakan pengguna. Jangan sesekali untuk mengecas telefon anda sekiranya ianya basah, kerana ianya boleh merosakkan litar di dalam telefon anda. Selain itu, arus elektrik boleh mengalir pada telefon yang basah dan boleh menjadi punca sesebuah telefon itu meletup. Bateri yang rosak atau kembung hendaklah ditukar dengan serta-merta bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Elakkan letak telefon anda berdekatan dengan peralatan yang panas atau memancarkan radiasi seperti oven, dapur masak, dan juga dibawah sinaran matahari terlalu lama. Terdapat juga satu alternatif bagi pengguna model Phone 6 sehingga 7 Plus, dimana anda boleh menukar ke bateri Yoobao dengan kapasiti yang ditambah. Dengan penambahan kapasiti ini, telefon anda boleh tahan lebih lama dan tidak memerlukan pengecasan setiap masa! Sekali lagi saya ingin menekankan di sini supaya pengguna telefon hendaklah menggunakan aksesori telefon yang Original dan bukanlah produk yang murah dimana tidak terjamin tahap kualiti dan ketahanannya.

 

Loading...
Facebook Messenger for Wordpress

Pin It on Pinterest