Tag: repair

  • Repair LCD iPhone 6 Plus di Ampang

    Repair LCD iPhone 6 Plus di Ampang

    Berikut merupakan salah seorang pelanggan yang datang ke IPRO Ampang untuk menerima servis pembaikan daripada kami.

    PELANGGAN KAMI, ENCIK KUAN

     

    Wajah gembira Encik Kuan selepas membuat penukaran LCD iPhone 6 Plus beliau di IPRO Ampang.

     

    SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

     

    Encik Kuan datang ke IPRO Ampang dengan masalah skrin telefon iPhone 6 Plus beliau tidak menunjukkan tidak balas kepada sentuhan. Beliau berurusan dengan salah seorang juruteknik IPRO Ampang yang bernama Arif. Perkara ini berlaku selepas telefon beliau jatuh Encik Kuan berkongsikan kepada Arif tentang sentuhan skrin itu berlaku secara berperingkat, dimana pada awalnya, skrin itu kadang kala menekan aplikasi dengan sendirinya.

     

    Encik Kuan memberitahu lagi tentang kerisauan yang beliau alami apabila bahawa beliau pernah tertinggal telefon itu seharian di dalam keretanya dan apabila dia kembali untuk mengambil telefon itu, terdapat notis pemberitahuan yang terpapar pada skrin itu bahawa suhu telefon beliau berada pada tahap yang terlalu panas dan En Kuan harus menunggu untuk seketika sebelum beliau boleh menggunakan telefon itu semula.

     

    Arif kemudian menyemak bacaan pengecasan terlebih dahulu untuk memastikan ianya berada pada tahap pengecasan yang normal. Perkara pertama yang dilakukan oleh juruteknik kami adalah membuat pengujian menggunakan LCD yang baru untuk memastikan masalah itu dapat diselesaikan. Pengujian LCD yang baharu itu dibuat selama 1-2 jam untuk memastikan bahawa ini hanyalah disebabkan oleh LCD dan bukanlah kerosakan yang berpunca daripada motherboard.

     

    Terdapat satu cip pada motherboard yang mengawal fungsi sentuhan iaitu Touch IC. Selepas pengujian dilakukan, juruteknik kami berpuas hati dan pasti bahawa ini hanyalah kerosakan pada LCD sahaja. Apabila harga penukaran LCD dibincangkan oleh kedua-dua pihak, juruteknik kami membuat penukaran LCD yang mengambil masa 30-45 minit sahaja. Juruteknik kami juga membuat pengujian sekali lagi untuk memastikan peranti lain seperti Ear Speaker, kamera hadapan dan sensor, yang dipindahkan daripada LCD yang lama berfungsi seperti sedia kala.

     

    Juruteknik kami juga memasangkan tempered glass secara percuma kepada Encik Kuan. Selepas juruteknik kami menyerahkan telefon itu ke tangan En Kuan, En Kuan membuat penelitian terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

     

    Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Kuan kerana memilih IPRO Ampang sebagai pusat pembaikan telefon anda!

     

    iPhone X LCD Screen Repair In KL

    ipro repair iphone pantas ampang

    KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
    Hotline: Tekan untuk telefon (0145000085) | Tekan untuk WhatsApp
    Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
    Instagram: @ipro_ampang
    Website: https://www.iproampang.com.my/

    Lokasi:
    iPro Ampang
    8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

  • Penukaran LCD Oppo F7 Terbaik di KL!

    Penukaran LCD Oppo F7 Terbaik di KL!

    KELLY ; PENUKARAN LCD OPPO F7

     

    Hai dan selamat petang kepada anda yang juga merupakan pelanggan kami yang setia bersama kami. Harini pihak IPRO Ampang ingin berkongsikan satu masalah yang telah dialami oleh seorang pelanggan kami.

     

     

    SERVIS DI IPRO AMPANG

     

    Beliau atau lebih gemar memanggil Kelly, merupakan seorang pengguna Oppo F7 telah datang ke IPRO Ampang dengan mengadu masalah mengenai skrin pada LCD beliau telah retak dengan teruk sehingga memberi kesan terhadap kamera hadapannya.

     

    Ini membuatkan beliau merasa sangat risau akan keadaan telefon canggih beliau dimana ianya tidak berfungsi dengan baik pada skrin tersebut. Apa yang salah seorang juruteknik kami buat adalah dengan melakukan pengujian terlebih dahulu menggunakan LCD yang baru dengan cara meleraikan part yang telah rosak itu.

     

    Juruteknik kami menggunakan sebuah mesin pemanas sedikit supaya skrin itu dapat ditanggal dengan baik kerana skrin tersebut terdapat gam yang sangat kuat dan kukuh. Setelah proses itu selesai, juruteknik menguji dengan skrin LCD yang baru dan mendapati bahawa kamera pada bahagian hadapan juga perlu ditukar.

     

    Proses penukaran dan pembaikan skrin LCD yang baru serta kamera dibahagian hadapan telah mengambil masa 30-45 minit dan hasil yang diberikan sangat memuaskan hati beliau dan amat mempercayai servis yang dilakukan disini.

     

    ipro repair iphone pantas ampang

    KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
    Hotline: Tekan untuk telefon (0145000085) | Tekan untuk WhatsApp
    Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
    Instagram: @ipro_ampang
    Website: https://www.iproampang.com.my/

    Lokasi:
    iPro Ampang
    8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

     

    Bagi perhatian anda semua, sepanjang bulan Ramadhan kami akan beroperasi dari

    9:00AM hingga 5:30PM

     

  • REPAIR POWER BUTTON IPHONE SE IN KL

    REPAIR POWER BUTTON IPHONE SE IN KL

    A BRIEF ABOUT POWER BUTTON

     

    What’s more frustrating than having your Power Button functioning? This might not be a big deal for every person if asked, but this is kind of an important piece. You cannot even turn your phone back on if you phone died and do not have your Power Button working. Unless if you are using an iPhone which you can turn your iPhone on by plugging in your device, but you would not be carrying your cable and a power source such as powerbank with you all the time. But this could not be done on Android phone which the only possible way to solve this is by getting your Power Button fixed.

     

     

    SERVICE AT IPRO AMPANG

     

     

    So this is one of our customers, Eva, who came to IPRO Ampang to get her Power Button fixed. She came to our shop with her husband at around 10.15 and they were greeted by Arif, one of our experienced technicians here. After Eva handed her iPhone SE to Arif, she then began telling him about when she noticed this problem. She told that this had happened for a while already, and she found it annoying as she could not turn her iPhone off when she needed to, or when her battery was draining.

    Arif then told her that the replacement will take about 1 to 2 hours because of the procedure which required to remove most of the parts of the iPhone such as the battery, motherboard, camera, etc.. Concerned, Arif asked her if she had errands to do, instead of waiting for an hour or two and let time does its work. So she went out and Arif did the replacement which was quite time-consuming. After two hours went by, and the replacement was done, Arif rang her as her iPhone was ready to be collected. In 10 minutes later she arrived and gave her Power Button a few clicks.

    She then smiled with satisfaction and told Arif that she could actually heard the clicking sound upon pressing her Power Button! She was given a three-month warranty just in case this problem occurred in the near future. She was also applicable of joining our Repair&Win Contest and stood a chance of winning our grand prize which is the iPhone XR 128GB! Thank you for choosing us as your phone repair service centre! We are happy to have served you!

     

     

    KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
    Hotline: Tekan untuk telefon (0145000085) | Tekan untuk WhatsApp
    Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
    Instagram: @ipro_ampang
    Website: https://www.iproampang.com.my/

    Lokasi:
    iPro Ampang
    8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

  • PENUKARAN BATERI IPHONE 6S DI IPRO AMPANG

    PENUKARAN BATERI IPHONE 6S DI IPRO AMPANG

    PELANGGAN KAMI

     

    Hari ini saya akan berkongsi sedikit tentang kejadian yang menimpa seorang daripada pelanggan kami yang bernama Hamizan, sebelum beliau mendapatkan servis daripada juruteknik di IPRO Ampang. Beliau merupakan seorang pengguna iPhone 6S berwarna “Space Grey”. Jadi apa yang terjadi kepadanya adalah beliau memberitahu bahawa sebelum ini beliau baru sahaja menukar bateri tetapi terdapat masalah lain yang datang. Seterusnya, apa yang berlaku adalah skrin beliau telah mengalami gangguan dimana apabila disentuh, tahap sensitiviti pada sentuhan itu sangat kurang malah telah menyebabkan skrin tersebut sedikit tersekat-sekat dan tidak berfungsi dengan lancar.

     

    MASALAH YANG DIHADAPI OLEH BELIAU

     

    Setelah beliau berkongsi masalah kepada juruteknik kami, barulah juruteknik kami memulakan langkah dengan memeriksa bacaan menggunakan digital skematik untuk melihat sama ada bateri tersebut masih boleh digunakan ataupun bateri memang sudah rosak. Setelah mengambil bacaan pada bateri tersebut juruteknik kami mendapati bahawa bacaan pada bateri itu tidak normal dan telah menurun ketahap 0.39A – 0.35A. Kemudian juruteknik kami membuat keputusan untuk menguji menggunakan bateri yang baru daripada pihak kami.

     

    Apabila proses pengujian dengan bateri yang baru dibuat, masalah pada skrin itu kembali berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah. Pihak juruteknik kami telah memberitahu kepada beliau bahawa bateri yang beliau gunakan itu sebenarnya adalah bateri tiruan dimana bateri tersebut itu juga tidak boleh membaca status bateri (Battery Health) pada Settings. Masalah sentuhan pada skrin beliau itu tadi adalah berpunca daripada bateri tiruan yang beliau pakai itu.

     

    Bateri tiruan juga boleh memberi kesan terhadap telefon pintar anda seperti mana yang telah terjadi kepada salah seorang pelanggan kami ini. Oleh kerana itu anda perlulah mengambil berat tentang produk yang anda pilih sebelum melakukan sebarang pembaikan. Jadi, setelah mendengar tentang perkara sebegitu daripada pihak juruteknik kami, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan servis penukaran bateri baru kerana bimbang akan masalah seperti itu berlaku lagi. Juruteknik kami mengesyorkan kepada beliau tentang bateri Yoobao dimana kelebihan bateri itu adalah anti-kembung, meningkatkan kapasiti, tahan lama dari segi fizikal serta waranti  18 bulan yang ditawarkan oleh Yoobao itu sendiri.

     

    Proses penukaran itu mengambil masa sepantas 15-20 minit dan servis yang ditawarkan oleh pihak juruteknik kami yang berpengalaman di IPRO Ampang sangat memuaskan hati pelanggan kami. Kini beliau terus memilih IPRO Ampang sebagai pusat servis telefon yang sangat bagus serta dapat berkongsi pelbagai tips mengenai penjagaan telefon kepada beliau dan masalah yang telah menimpa beliau itu telah selesai dengan mudah dan pantas.

     

    ipro repair iphone pantas ampang

    KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
    Hotline: Tekan untuk telefon (0145000085) | Tekan untuk WhatsApp
    Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
    Instagram: @ipro_ampang
    Website: https://www.iproampang.com.my/

    Lokasi:
    iPro Ampang
    8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur