MODEL-MODEL IPAD 4

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca. Hari ini saya ingin berkongsikan tentang proses penukaran skrin sentuhan, atau lebih dikenali sebagai “touch panel” iPad 4. iPad 4 mempunyai tiga model iaitu GSM, CDMA dan WIFI. Ketiga-tiga model ini mempunyai persamaan dari segi kapasiti penyimpanan iaitu 16GB, 32GB dan 64GB dan boleh didapati dengan panel gelas berwarna hitam atau putih. Kerangka iPad 4 diperbuat daripada aluminium yang mempunyai sifat ketahanan yang kuat. Untuk membezakan iPad yang mempunyai model GSM atau CDMA, terdapat satu kepingan plastik berwarna hitamyang terdapat pada bahagian belas atas iPad tersebut. Kepingan plastik ini berfungsi sebagai antenna bagi penggunaan kad sim.

 

 

Model-model iPad 4 boleh dikenalpasti dengan mengimbas nombor model yang berda pada bahagian bawah, belakang iPad. Sebagai contoh, model iPad 4 yang menggunakan WIFI sahaja adalah model A1458 manakala yang menggunakan GSM/CDMA & WIFI adalah model A1459 dan A1460. Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga model iPad 4 juga berbeza dari segi ketahanan bateri dan sambungan internet. Untuk iPad 4yang menggunakan WIFI kebiasaannya bertahan selama 10 jam manakala bagi iPad yang menggunakan kad sim pula bertahan selama 9 jam penggunaan.

 

SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG

IPRO Ampang membuat servis pembaikan iPad seperti penukaran bateri, touch panel dan LCD. Pihak juruteknik kami mengambil masa satu hingga dua jam untuk membuat penukaran touch panel. Berikut adalah langkah-langkah yang diambil oleh juruteknik kami untuk membuat penukaran touch panel. Seorang pelanggan kami yang bernama Nur Sakiri, datang ke IPRO Ampang dengan skrin iPad 4 yang pecah, tetapi fungsi sentuhan masih lagi berfungsi. Proses penukaran touch panel ini dilakukan oleh salah seorang juruteknik kami yang berpengalaman bernama Merza. Perkara yang pertama yang dilakukan oleh beliau adalah menguji kefungsian butang-butang yang terdapat pada iPad tersebut, seperti butang home, butang power dan butang volume. Perkara yang seterusnya yang dilakukan oleh juruteknik kami adalah menyemak bacaan arus pengecasan iPad tersebut. Beliau juga menyemak status keadaan bateri semasa untuk memastikan bateri itu berada dalam keadaan yang baik dan tidak menjejaskan tempoh penggunaan iPad itu. Juruteknik kami juga memastikan penyambungan WIFI tidak mempunyai sebarang masalah. Perkara-perkara yang dinyatakan berikut merupakan perkara yang mandatori yang harus dilakukan oleh semua juruteknik di IPRO Ampang.

 

Seterusnya, technician kami akan memulakan proses penukaran touch panel iaitu dengan menggunakan blower, iaitu sebuah peralatan yang mengeluarkan angin yang panas bagi mencairkan gam yang mengelilingi ruangan dibawah skrin iPad itu. Untuk pengetahuan anda semua, cara memisahkan bahagian skrin dan kerangka iPad itu adalah dengan menggunakan kaedah yang berbeza daripada membuka sebuah iPhone. Proses memisahkan skrin atau touch panel itu hendaklah dilakukan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan daripada tercungkilnya antenna wifi iPad itu. Terdapat riben antenna WIFI yang akan berada di belah bawah bahagian kanan skrin iPad itu. Walaupun antenna wifi itu telah diskru pada touch panel tersebut, kecuaian masih juga boleh berlaku. Terdapat juga riben touch panel yang berada di belah bawah kiri, dan riben butang home pada bahagian bawah skrin tersebut. Selepas berjaya membuka touch panel itu, juruteknik kami membuat proses pemindahan seperti breket kamera dan butang home ke touch panel yang baru. Setelah membuat pemasangan semula touch panel itu, juruteknik kami akan sekali lagi membuat pengujian terhadap iPad itu supaya semua ciri iPad itu berfungsi seperti sedia kala.

 

Pin It on Pinterest