Salam Jumaat dan salam sejahtera kepada semua pembaca! Artikel saya pada hari ini akan membincangkan tentang gandingan Qualcomm dan Google untuk membantu syarikat pengeluar dalam penghasilan headset tanpa wayar. Gandingan dua buah syarikat yang tersohor di dunia ini dijangkakan untuk memperkenalkan satu replika headset daripada mereka dan juga menyediakan prototaip yang mengandungi ciri tambahan iaitu ciri Voice Assistant yang mempunyai penyambungan menggunakan Bluetooth.

 

Prototaip ini diciptakan untuk tujuan syarikat pengeluar menggunakan ia sebagai panduan untuk mengeluarkan headset mereka yang tersendiri. Pada zaman modenisasi ini banyak syarikat yang memperkenalkan headset yang hebat dari segi kualitinya, reka bentuk yang menarik dan menepati citarasa pengguna headset.

 

Penciptaan sesebuah headphone atau earbuds itu merangkumi dua perkara yang perlu diusahakan dan diberi penelitian, iaitu dari segi hardware dan software. Tetapi bagi menambah ciri seperti Voice Assistant, ianya diluar keupayaan kebanyakan syarikat-syarikat pengeluar headphone. Headphone tanpa wayar merupakan sebuah peranti yang mengikuti perkembangan teknologi dan Google berpendapat bahawa ianya merupakan ciri yang harus diimplementasikan pada headphone bagi memudahkan setiap urusan pengguna yang menggunakan headphone tersebut.

 

 

Perkakas yang diciptakan itu dinamakan “Qualcomm Smart Headset Development Kit” yang mempunyai QCC5100 cip audio Bluetooth daripada Qualcomm, dikhaskan untuk memudahkan penghasilan sesebuah headset serta berinteraksi dengan ciri Voice Assistant. Apa yang menarik tentang perkara ini, Qualcomm jarang sesekali mencipta satu produk yang siap untuk dijadikan sebagai contoh atau panduan untuk menerangkan tentang fungsi teknologi mereka, tetapi tidak bagi headset ini, dimana Qualcomm telah mereka sebuah prototaip earbuds yang mempunyai penyambungan Bluetooth dan tanpa wayar.

 

 

Penjelasan tentang bagaimana untuk mengaktifkan Voice Assistant juga diterangkan, sebagai contoh dengan menekan butang yang dikhaskan atau pun butang Volume. Walaupun prototaip ini agak besar dari segi saiznya dan tidak mengikuti spesifikasi yang akan digemari oleh pengguna, ianya direka hanyalah bertujuan untuk memberi idea kepada syarikat pengeluar headset tentang bagaimana teknologi mereka ini berfungsi. Selain itu, terdapat juga tambahan ciri pada headset tersebut dimana ianya menggunakan teknologi “Google Fast Pair” untuk penyambungan dapat dibuat dengan lebih pantas dan mudah.

 

Pengarah syarikat Qualcomm menyatakan kepada umum bahawa permintaan untuk gadget yang mempunyai Voice Assistant sangatlah diperlukan untuk memudahkan kehidupan seharian pengguna. Dengan adanya teknologi yang diciptakan oleh Qualcomm ini merupakan peluang untuk syarikat-syarikat headset untuk berkembang dengan maju berdasarkan servis Google cloud-based.

Pin It on Pinterest