Salam sejahtera kepada pembaca sekalian! Pada hari ini saya ingin menceritakan tentang isu yang menular di serata dunia berkenaan dengan pengharaman menggunakan teknologi keluaran Huawei di AS. Sebuah artikel yang menerangkan lebih lanjut tentang isu ini telahpun saya olahkan dalam penulisan saya sebelum ini.
Artikel pada hari ini adalah lebih tentang impak yang akan memberi kesan kepada syarikat-syarikat pengeluaran yang besar dan salah satunya adalah Apple. Tindakan pengharaman teknologi Huawei ini membangkitkan lagi ketegangan hubungan antara kedua-dua buah negara iaitu China dan AS, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada syarikat Apple, dimana syarikat itu mungkin akan mengalami masalah sekiranya bangsa Asia memboikot dan menghentikan keluaran Apple dalam sesebuah negara itu.
Pihak penganalisis Apple menyatakan bahawa pasaran China menyumbangkan sebanyak 17 peratus pada jualan produk Apple manakala 29 peratus pada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat Apple. Peningkatan tarif yang dibuat oleh President Donald Trump pada barangan import China sebanyak $200 bilion menjurus kepada tindakan untuk memboikot keluaran produk Apple dan secara tidak langsung akan menjatuhkan anggaran pendapatan sebanyak $15 bilion pada setiap tahun berikutan di bandar California, AS. Selain itu, Microsoft juga membuang komputer riba keluaran Huawei daripada pembelian atas talian mereka dan menghentikan hubungan yang berkaitan dengan syarikat itu.
Pengharaman produk Apple di pasaran China amatlah membimbangkan syarikat Apple. Ini kerana kebanyakan proses pembuatan produk Apple iaitu iPhone berpusat di kilang di Shengzen, China. Apple telahpun merancang untuk memindahkan pusat proses pembuatan iPhone dari China atas sebab peningkatan tarif yang dikenakan atas barangan import AS. Namun begitu, Apple menyatakan bahawa ianya mustahil untuk pengalihan pusat proses pembuatan iPhone dalam masa yang singkat ini.
Recent Comments